Berita Harian: Dunia |
Askar Syria lancar 48 serangan paling hebat Posted: 29 Oct 2012 03:10 PM PDT Amman: Tentera Syria semalam melancarkan 48 serangan udara paling hebat dalam negara itu sejak pesawat tempur digunakan buat kali pertama musim panas lalu, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR). Penduduk Damsyik melaporkan serangan udara itu ke atas pinggir bandar Qaboun, Zamalka dan Irbin tengah malam kelmarin dan semalam dikatakan paling sengit sejak jet dan helikopter mengebom kedudukan pembangkang di ibu negara itu buat kali pertama Ogos lalu. Rejim mencari jalan untuk mencapai kemenangan sebenar. Pertempuran berlaku di semua kawasan, kata pengarah badan pemantau itu, Rami Abdel Rahman. Badan beribu pejabat di Britain itu melaporkan 11 serangan udara ke atas kampung dan bandar seluruh wilayah Idlib, yang menyaksikan tentera rejim dan pejuang pembebasan terbabit dalam pertempuran sengit di pangkalan tentera Wadi Daif. Kedua-dua pihak saling menuding jari kerana melanggar perjanjian gencatan senjata ketika Aidiladha yang diatur oleh wakil antarabangsa, Lakhdar Brahimi, yang berjanji meneruskan usaha damainya. Menurut SOHR, dua lelaki maut dan berpuluh lagi cedera dalam serangan di Idlib, dan bilang yang maut berkemungkinan meningkat disebabkan oleh mangsa yang mengalami kecederaan teruk. Pengeboman dilancarkan pada hari terakhir Aidiladha, selepas kegagalan usaha mengekang keganasan di negara itu oleh Brahimi. |
Iran miliki data pertahanan Israel Posted: 29 Oct 2012 03:09 PM PDT Tehran: Iran mendakwa memiliki data yang diperoleh dari sebuah pesawat tanpa pemandu Hizbullah yang memasuki kawasan larangan dan pangkalan di Israel bulan ini, kata seorang pegawai pertahanan. Pesawat kawalan jauh itu didakwa memindahkan data secara langsung, merakamkan pangkalan Israel yang sensitif, kata pengerusi suruhanjaya pertahanan parlimen Iran, Esmaeel Kosari kepada televisyen Iran berbahasa Arab, Al-Alam. Tentera udara Israel pada 6 Oktober lalu menembak jatuh sebuah pesawat tanpa pemandu di padang pasir Negev selepas ia memasuki ruang udara negara itu dari Laut Mediterranean. Ketika itu tentera Israel menolak bahawa pesawat tanpa pemandu akan dilancarkan dari Semenanjung Gaza dan melihat kemungkinan bahawa militan Hizbullah akan menghantarnya. Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah pada 11 Oktober menegaskan bahawa kumpulan Syiah beliau menghantar pesawat berkenaan memasuki Israel dan menyatakan bahawa ia adalah dibuat di Iran dan dipasang di Lubnan. Ia terbang ke tempat sensitif dan penting beberapa kilometer sehingga musuh menyedari kehadirannya berhampiran (kawasan nuklear) Dimona, kata Nasrallah tanpa menyebut kawasan penting terbabit. Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi berkata pesawat tanpa pemandu itu memusnahkan semuanya yang dikatakan mengenai sistem Iron Dome, pelindung pertahan udara Israel. Bercakap kepada Al-Alam, Kosari juga mengulangi dakwaan Vahidi terdahulu bahawa Iran memiliki pesawat tanpa pemandu yang lebih canggih berbanding apa yang digunakan Hizbullah. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan