Rabu, 26 September 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Nasib malang Jiang Manqi

Posted: 25 Sep 2012 09:26 AM PDT

BEIJING: Diikat pada motosikal elektrik berkuasa rendah, seorang remaja terpaksa mengikuti datuknya ke mana saja setiap hari ketika lelaki tua terbabit memungut bahan buangan untuk dijual.

Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah menghidap penyakit sawan dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk Jiang terpaksa membawanya ke mana saja di bandar Fuzhou di wilayah Fujian setiap hari supaya dia dapat mengawasi remaja terbabit setiap masa. Disebabkan mengalami penyakit, sekolah juga enggan menerima Jiang belajar. Setiap hari, Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari bahan terbuang di bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai punca pendapatan. Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang diberikan tempat khas di belakang motosikal datuknya untuk dijadikan tempat tidur jika dia kepenatan. Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa Jiang bersamanya setiap hari.


"Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan.

"Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan.


"Saya satu-satunya tempat dia bergantung," katanya. Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual.


Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/26


Psy janji aksi tanpa baju

Posted: 25 Sep 2012 09:18 AM PDT

SEOUL: Penyanyi gempal Korea Selatan yang mencetuskan fenomena sedunia, Psy, berjanji melakukan aksi Gangnam Stlye tanpa baju jika lagunya mencatat kejayaan sebagai pilihan nombor satu.

Penyanyi rap itu yang mempopularkan aksi hentak kaki seperti tarian kuda kembali ke Seoul semalam selepas berada di Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.


Lagu Psy menjuarai carta muat turun di iTune dan klip videonya di YouTube ditonton 270 juta kali setakat ini. Gangnam adalah nama kejiranan paling elit di ibu negara Korea Selatan dan digelar Beverly Hills Seoul.

Menurut Psy, jika lagunya menjuarai carta Billboard, dia berjanji menyajikan aksinya secara separuh bogel di tempat umum. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/26


Tiada ulasan:

Catat Ulasan