Berita Harian: Dunia |
Posted: 25 Sep 2012 01:18 PM PDT Duta keluar dewan PBB selepas Tel Aviv digelar negara palsu New York: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan Israel sebagai negara palsu yang dilindungi Amerika Syarikat menyebabkan duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keluar dari dewan badan dunia itu kelmarin ketika ahlinya membincangkan tema kepatuhan kepada undang-undang. Ahmadinejad juga menuduh Amerika Syarikat dan beberapa kerajaan lain menyalahguna kebebasan bersuara dan gagal mengecam fitnah terhadap kepercayaan orang lain dan nabi, merujuk kepada pengedaran video murahan dihasilkan di Amerika menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.Delegasi Amerika tidak meninggalkan mesyuarat seperti yang dilakukan sebelum ini apabila Iran menyerang Israel secara langsung. Kutuk pencerobohan Pemimpin Iran itu yang mendesak kemusnahan Israel turut mengutuk pencerobohan rejim Zionis itu di wilayah Palestin dan penggunaan kuasa veto oleh Amerika dalam Majlis Keselamatan untuk menyokong sekutunya. Beliau menggesa semua negara meletakkan tanggungjawab ke atas penceroboh dan menuntut wilayah yang diceroboh dipulangkan kepada pemilik yang sebenar. Ketika Ahmadinejad memberi ucapan kepada pemimpin dan menteri lebih 100 negara, Duta Israel, Ron Prosor, keluar daripada dewan Perhimpunan Agung itu. "Ahmadinejad menunjukkan sekali lagi beliau bukan saja mengancam masa depan penduduk Yahudi, beliau mahu memadamkan masa lalu kami. Tiga ribu tahun sejarah Yahudi menunjukkan dengan jelas bahaya membiarkan fanatik seperti Presiden Iran, terutama ketika beliau semakin hampir memiliki senjata nuklear. "Mereka yang tidak mengendahkan ucapan penuh kebencian beliau hari ini perlu bertanggungjawab atas tindakannya esok," kata Prosor dalam satu kenyataan. Anggap Iran ancaman Israel melihat Iran sebagai ancaman tetapi Tehran menegaskan program nuklearnya bertujuan untuk keamanan dan cuma untuk menghasilkan tenaga nuklear. Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu percaya Tehran semakin dekat menghasilkan senjata nuklear dan mendesak Amerika menyatakan faktor membolehkan tindakan ketenteraan dilancarkan terhadap negara Teluk itu. Bagaimanapun, Presiden Barack Obama enggan menetapkan sebarang garisan merah. |
Posted: 25 Sep 2012 01:17 PM PDT HO CHIN MINH: Tiga blogger Vietnam dihukum penjara kelmarin kerana melakukan propaganda antikerajaan tetapi ia mencetuskan desakan dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) supaya mereka dibebaskan. Selepas perbicaraan berlangsung beberapa jam, Nguyen Van Hai atau Dieu Cay, dihukum penjara 12 tahun manakala Ta Phong Tan, kena 10 tahun penjara. Seorang blogger lagi, Phan Thanh Hai, yang mengaku bersalah dihukum empat tahun penjara selepas berjanji tidak mengulangi jenayah atau berhubung dengan mereka yang antikerajaan."Jenayah mereka amat serius dengan niat jelas menentang negara," kata presiden mahkamah di Bandaraya Ho Chin Minh, Nguyen Phi Long. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan