Kosmo Online - Dunia |
- Peminat Jerman gembira ramalan lembu tidak betul
- Ratusan Muslim Myanmar lari ke Bangladesh
- Peminat sanggup berkhemah demi Bieber
Peminat Jerman gembira ramalan lembu tidak betul Posted: Peminat Jerman gembira ramalan lembu tidak betul
BERLIN - Bolehkah seekor lembu menggantikan tempat sotong kurita, Paul sebagai haiwan terbaharu yang memiliki kebolehan menilik nasib pasukan bola sepak Jerman? Peminat bola sepak Jerman gembira selepas lembu betina tersebut, Yvonne tersasar dalam ramalannya bahawa Jerman akan tewas kepada Portugal pada perlawanan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 di bandar Lviv, Ukraine, Sabtu lepas. Yvonne popular di Jerman selepas haiwan tersebut melarikan diri dari sebuah ladang ternakan sebelum disembelih pada tahun lalu dan berkeliaran di negeri Bavaria tanpa dapat dikesan oleh pemiliknya, pemburu dan aktivis haiwan selama tiga bulan. Haiwan itu membuat ramalan di pusat penjagaan haiwan Gut Aiderbichl dekat Deggendorf, selatan Jerman pada Jumaat lalu. Paul dapat meramalkan dengan tepat semua keputusan perlawanan pasukan Jerman sepanjang Piala Dunia 2010 termasuk kekalahan negara itu kepada Sepanyol di separuh akhir dengan memilih makanan daripada dua bekas di dalam akuarium. Satu bekas tersebut mempunyai bendera Jerman manakala bendera pasukan lawan terdapat pada bekas yang lain. Stesen radio Jerman, Bayern 3 melaporkan lembu tersebut ditawarkan makanan daripada dua bekas yang mengandungi makanan. Haiwan tersebut kemudian memilih makanan daripada bekas yang mengandungi lukisan bendera Portugal. Pemilihan itu menyebabkan ia meramalkan kemenangan Portugal. Namun, Jerman menang 1-0 dalam perlawanan tersebut. Sejak kematian Paul ketika berusia sekitar tiga tahun pada 2010, peminat bola sepak Jerman masih mencari haiwan baharu yang mampu membuat ramalan dengan tepat bagi menggantikan sotong tersebut. - Reuters | |
Ratusan Muslim Myanmar lari ke Bangladesh Posted: Ratusan Muslim Myanmar lari ke BangladeshANGGOTA-ANGGOTA Pengawal Sempadan Bangladesh (kiri) yang menaiki sebuah bot memantau pergerakan bot yang membawa etnik Rohingya (kanan) berpatah balik ke Myanmar semasa ia berada di Sungai Naf semalam. TEKNAF, Bangladesh - Sebanyak lapan buah bot yang membawa lebih 300 orang etnik Rohingya beragama Islam diarah berpatah balik ke Myanmar semalam. Mereka melarikan diri daripada keganasan aga-ma yang berlaku di negara tersebut. "Lebih 300 etnik Rohingya beragama Islam berada di atas bot tersebut yang datang dari bandar Akyab. "Bot-bot itu membawa ramai wanita dan kanak-kanak, kebanyakannya menangis dan kelihatan amat bimbang. "Kesemua lapan bot itu telah diarah berpatah balik ke Myanmar," kata seorang pegawai Pengawal Sempadan Bangladesh, Shafiqur Rahman kepada agensi berita AFP. Keganasan antara etnik Rakhine yang beragama Buddha dan Rohingya berlaku pada Jumaat lalu di negeri Rakhine. Ia kemudian merebak ke Sittwe. Keganasan itu berlaku disebabkan dakwaan seorang gadis Buddha dirogol tiga penduduk Islam. - Agensi | |
Peminat sanggup berkhemah demi Bieber Posted: Peminat sanggup berkhemah demi BieberSEJUMLAH peminat Bieber duduk di laluan kaki lima dekat Plaza Zocalo, bandar raya Mexico kelmarin. BANDAR RAYA MEXICO - Sejumlah peminat Justin Bieber tidur di kaki lima sekitar jalan di sini selama dua malam semata-mata mahu menonton konsert percuma penyanyi itu semalam. Kebanyakan remaja lelaki dan perempuan termasuk yang berumur 10 tahun sanggup datang sejauh beratus-ratus kilometer dan berkhemah di tepi jalan berhampiran Plaza Zocalo yang menjadi lokasi konsert tersebut. Kebanyakkan mereka ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Sebahagian peminat itu ponteng sekolah semata-mata untuk menjadi sebahagian daripada 200,000 orang yang dianggarkan menonton konsert tersebut. Presiden sebuah kelab peminat penyanyi itu, Frida Coss tiba pada Jumaat lalu di sini bersama ibunya, Elizabeth Noriegas yang menyokong minat anak perempuannya itu. Coss merupakan Presiden Kelab Peminat Justin Bieber Bandar Raya Mexico. Cabaran utama yang dihadapi para peminat penyanyi itu semasa tidur ialah lipas. "Kami akan membunuh lipas supaya ia tidak mendekati peminat perempuan," kata Noriegas. Seorang peminat penyanyi itu, Leslis Bio berkata, Bieber menunjukkan contoh yang baik kepada para remaja. "Dia sihat, comel dan merupakan penyanyi yang bagus dan muziknya tidak memberi kesan negatif. "Bieber mengajar kami untuk tidak berputus asa semasa mengejar impian kami," katanya yang memakai pakaian berwarna ungu yang merupakan kegemaran Bieber. Peminat berusia 13 tahun itu bersama ibu dan tiga rakannya sanggup datang selepas menaiki bas selama 14 jam dari negeri Sinaloa untuk menyaksikan konsert tersebut. Pihak berkuasa menyatakan, lebih 5,000 anggota polis mengawal konsert itu. Seorang pegawai di bandar raya ini, Hector Antunano berkata, para peminat yang berkhemah itu akan menjadi kumpulan pertama yang dibenarkan memasuki lokasi konsert tersebut. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan