Rabu, 27 Jun 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Campak 2 anak kerana bosan

Posted: 26 Jun 2012 10:24 AM PDT

MOSCOW: Seorang ibu ditahan selepas didakwa mencampak dua anak lelakinya dari balkoni tingkat 15 kerana dia bosan dengan mereka.

Galina Ryabkova, 30, dilihat dalam keadaan selamba dalam video pengawasan yang diambil daripada blok flet di Moscow Russia selepas insiden itu. Jiran di kompleks perumahan itu dikejutkan dengan bunyi tubuh kanak-kanak lelaki berusia empat dan tujuh tahun itu jatuh ke tanah. Walaupun mereka berusaha untuk membantu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia sebelum petugas kecemasan tiba. Menurut RT, Galina berkata, "dia bosan dengan anaknya" dan memutuskan "untuk menghapuskan mereka." Galina yang suaminya keluar atas urusan perniagaan tinggal di tingkat lapan bangunan itu dan dipercayai membawa kanak-kanak berkenaan ke tingkat 15 sebelum mencampakkan mereka kelmarin. Seorang jiran di blok apartmen yang sama menceritakan kejadian ngeri itu kepada Life News.


Lelaki itu yang tidak mahu dikenal pasti, berkata, isterinya mengejutkannya memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit jatuh dari bangunan itu. Pasangan berkenaan berlari keluar dan melihat dua kanak-kanak itu terbaring di tanah di depan pintu masuk utama kompleks apartmen terbabit.

Lelaki itu berkata: "Pada waktu sama, ibu mereka meninggalkan bangunan itu. Kami bertanya kepadanya jika mereka adalah anaknya dan dia menjawab dengan selamba, "Ya, saya yang mencampakkan mereka." CCTV dari blok apartmen itu sebagaimana dilaporkan New York Daily News menunjukkan seorang daripada kanak-kanak itu jatuh di depan bangunan itu.


Kemudian ia menunjukkan Galina turun ke bawah memakai jeans dan kemeja-T putih.


Dia duduk dengan tenang di lobi bangunan, mengejutkan jiran tetangga yang mengelilinginya bagi mengelakkan dia melarikan diri.

Video itu berakhir dengan pegawai polis tiba di bangunan itu untuk menyiasat kejadian ngeri berkenaan dan menahan ibu kanak-kanak malang terbabit.


Galina juga dilaporkan cuba untuk membunuh diri pada masa lalu dan suaminya mungkin berlaku curang kepadanya.

Galina akan dihantar ke hospital psikiatri untuk pemeriksaan manakala siasatan diteruskan. - DM


Menara Big Ben ditukar nama Menara Elizabeth

Posted: 26 Jun 2012 10:21 AM PDT

LONDON: Menara jam Big Ben akan dinamakan sebagai Menara Elizabeth bagi menghargai Ratu, umum jurucakap istana, John Bercow semalam.

Keputusan untuk mengubah nama mercu tanda terkenal dunia itu dibuat selepas ahli Parlimen menyokong tindakan itu yang diketuai oleh David Cameron, Ed Miliband danNick Clegg.


Cadangan untuk menamakan menara itu kali pertama didedahkan The Sun awal tahun ini. Menara bersebelahan Jambatan Westminster itu secara rasmi digelar Menara Jam dan terkenal kerana loceng seberat 131/2 tan di dalamnya yang dipanggil Big Ben. Menara lain Parlimen telah diubah namanya daripada Menara King menjadi Menara Victoria pada kurun ke-19 sebagai penghargaan kepada Ratu Victoria - satu-satunya anggota diraja yang meraikan Jubli Intan. - TS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan