Ahad, 10 Jun 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


William, Kate beratur di panggung

Posted: 09 Jun 2012 02:50 PM PDT

LONDON: Putera William dan isterinya, Kate Middleton mengejutkan pengunjung panggung wayang Khamis lalu apabila pasangan itu beratur untuk membeli tiket bagi menonton filem The Avengers.

William dan Kate masuk ke barisan orang ramai yang beratur untuk membeli tiket dengan hampir tidak disedari mereka. William yang kelihatan santai dengan kemeja, jaket biru, bercermin mata dan topi besbal ditemani isterinya yang memakai jeans biru dan jaket denim. Seorang pengunjung yang berada di panggung wayang Odeon Kensington ketika itu tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya dan menulis di Twitter: "Tonton filem The Avengers dengan Kate dan William duduk bersebelahan dengan saya! Pasangan itu menikmati waktu senggang mereka selepas menghadiri majlis rasmi empat hari sempena sambutan Jubli Intan Ratu Elizabeth, termasuk mengambil bahagian dalam Flotila Diraja dan menghadiri konsert yang diadakan di halaman Istana Buckingham. Selepas menonton wayang bersama isterinya, William dan Putera Harry dilaporkan melawat datuk mereka, Duke of Edinburgh di hospital. Pihak istana mengesahkan Putera Philip tidak dapat meraikan hari jadinya yang ke-91 bersama keluarga di istana hari ini kerana masih dirawat. - DM




Budak jatuh 10 meter kritikal

Posted: 09 Jun 2012 02:49 PM PDT

SURREY: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun bertarung untuk hidup selepas terjatuh hampir 10 meter dari jambatan tali ketika beratur untuk menaiki permainan Tomb Blaster di taman tema Chessington World of Adventures, di sini, semalam.

Jessica Blake terperosok dalam lubang di lantai papan jambatan tali berkenaan. Jessica mengalami keretakan pada tulang tengkorak kepalanya, patah tulang rusuk dan pendarahan di hati serta buah pinggangnya. Ibu bapanya Darren Blake dan Sarah Archer yang sudah bercerai setia menemaninya ketika mangsa menjalani rawatan di Hospital St George di selatan London. Keadaannya dilaporkan kritikal.


Pakar pediatrik hospital itu memberitahu Jessica mengalami kecederaan parah di bahagian kanan otaknya.

Ibu saudara mangsa, Carly Hyde dari Watford berkata: "Terdapat lubang di jambatan tali itu kerana satu atau dua daripada lantai papannya sudah tiada. Ketika kejadian berlaku, Jessica berjalan di depan ibunya dan tiba-tiba Sarah melihat dia terperosok ke dalam lubang itu," katanya. Hanya dua minggu lalu Jessica yang tinggal dengan ibunya di Sheerness, Kent menjadi gadis pembawa bunga dalam majlis perkahwinan bapanya. - DM




Tiada ulasan:

Catat Ulasan