Berita Harian: Dunia |
Posted: 30 Jun 2012 02:52 PM PDT Ramai jadi pelacur, buruh paksa Bangkok: Thailand terus menjadi sumber, pusat transit malah destinasi bagi penyeludupan manusia apabila ramai penduduk tempatan dan mereka yang mencari pekerjaan dari negara jiran menjadi mangsa dalam industri seks atau terperangkap sebagai buruh paksa biarpun penguatkuasaan Akta Anti Penyeludupan Manusia pada 2008, kata Ketua Pengarah Kementerian Keselamatan Manusia dan Pembangunan Sosial, Yanee Lertkrai. Beberapa wilayah di utara dan timur laut menjadi pusat permulaan. Kemiskinan jadi punca Hari ini, mangsa turut dibawa dari negara berhampiran seperti Laos, Myanmar malah China. Pensyarah Fakulti Sains Politik Universiti Hat Yai, Nukool Chinfuk, yang menjalankan kajian terhadap masalah ini mendapati ia semakin serius di selatan. Kebanyakan sumber meletakkan umur mangsa pelacuran antara 11 hingga 15 tahun. Mereka memasuki industri ini untuk memberi bantuan kewangan kepada keluarga yang miskin. Leftenan Kolonel Jatuporn Aurn-rerkthawin dari Jabatan Siasatan Khas, berkata wanita Cina mendapat permintaan tinggi pelanggan di rumah pelacuran di selatan. "Tempat berkenaan banyak menyediakan pelacur Cina-Malaysia," katanya. "Wanita dari utara Thailand mempunyai kulit dan bentuk badan cantik. Ketua unit antipenyeludupan manusia di Myanmar, Kapten Yin Yin Ae, berkata tahun lalu operasi bersama dengan pegawai Thailand berjaya menyelamatkan 36 wanita Myanmar berusia bawah 18 tahun. "Kebanyakan mereka meninggalkan kampung tanpa mengetahui akan terbabit dalam kancah pelacuran. "Selepas merentasi sempadan, mereka dijual kepada ejen di Thailand yang akan mengunci dan memukul mereka untuk memaksa terbabit dalam industri berkenaan," katanya. – Agensi |
Tom Cruise, Katie Holmes bercerai Posted: 30 Jun 2012 02:09 PM PDT New York: Kesungguhan cinta pelakon Tom Cruise terhadap Katie Holmes nyata tidak bertahan lama. Pasangan berkenaan memfailkan perceraian, menamatkan antara perkahwinan paling tidak dijangka di Hollywood. Selepas lima tahun berkahwin, Holmes memfailkan perceraian Khamis lalu, kata peguam Cruise, Bert Fields. Cruise, 49, mengahwini Holmes, 33, pada tahun 2006 di Itali dan mengisytiharkan secara terbuka cintanya dalam rancangan Oprah. Pasangan it ada anak perempuan berusia enam tahun, Suri, yang turut menjadi tumpuan akhbar tabloid dan majalah selebriti. Rancangan pasangan itu untuk bercerai dilaporkan buat kali pertama oleh majalah People. Pada awal hubungan mereka, Holmes mengaku amat meminati Cruise ketika masih kanak-kanak dan bertunang di kemuncak Menara Eiffel. Kisah cinta mereka menjadi sasaran tabloid, yang memberi gelaran TomKat kepada pasangan itu, dan melaporkan segala-galanya daripada pergaduhan mereka dan kasut Suri sehingga kisah Holmes bertukar kepercayaan kepada Scientology. Cruise muncul seorang diri di tayangan perdana filem muzikal terbarunya, Rock of Ages. Holmes juga tidak hadir pada majlis penganugerahan di Friar's Club, yang menyaksikan Cruise menerima Anugerah Ikon Hiburan Friar's Club kali keempat. Ketika itu Cruise berkata, Holmes berada di luar negara dan keluarga itu akan berkumpul di Iceland sempena Hari Bapa. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan