Isnin, 14 Mei 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Pasukan Rusia sertai usaha menyelamat

Posted:

Pasukan Rusia sertai usaha menyelamat

Pasukan Rusia sertai usaha menyelamat

PASUKAN penyelamat dari Rusia menuju ke tempat nahas pesawat Sukhoi Superjet-100 di Gunung Salak, Bogor semalam.


JAKARTA - Sejumlah 15 anggota pasukan mencari dan menyelamat dari Rusia semalam dibenar bergabung dengan pasukan penyelamat Indonesia dalam operasi mencari dan mengeluarkan mangsa di tempat kejadian nahas pesawat awam Sukhoi Superjet-100 di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat.

Pasukan dari Rusia itu bagaimanapun hanya diberi masa tiga hari untuk turut bersama dalam operasi itu dengan misi utama untuk membantu mengesan barangan pesawat itu.

Komandan Markas Suryakencana Bogor, Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Darat, Kolonel Putranto berkata, pasukan Rusia itu terdiri daripada enam anggota utama dan sembilan pembawa barang.

Mereka tidak diizin untuk membawa kotak hitam atau benda apapun selain tidak dibenar menjalankan operasi pencarian melalui udara, katanya.

Sehingga kini, pasukan penyelamat belum menemui kotak hitam pesawat itu, yang terhempas di Gunung Salak, pada Rabu lalu bersama 45 penumpang di dalamnya.

Tragedi tersebut berlaku selepas pesawat didapati hilang daripada radar di menara kawalan udara pada kira-kira pukul 2.50 petang.

Operasi semalam antara lain menemui tiga lagi mayat penumpang pesawat itu serta 75 peratus daripada bangkai pesawat itu di bahagian dasar jurang gunung itu.

Bahagian bangkai pesawat yang baru ditemui itu belum dapat diperiksa keseluruhannya kerana bimbang ada serpihan bangkai pesawat yang bertabur di kawasan lebih tinggi akan menimpa anggota penyelamat.

Pada akhir hari kelima operasi, dengan tambahan lima beg mayat lagi, sejumlah 21 beg mayat berisi bahagian tubuh mayat penumpang dan barangan milik mereka telah dihantar ke hospital polis di Jakarta untuk dikenal pasti sebelum diserah kepada anggota keluarga untuk pengkebumian.

Daripada sejumlah beg mayat itu, tiga beg mayat berisi barangan milik mangsa. - Bernama

Tujuh maut hotel terbakar di Tokyo

Posted:

Tujuh maut hotel terbakar di Tokyo

Tujuh maut hotel terbakar di Tokyo


BEBERAPA anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah hotel di Fukuyama semalam.


TOKYO - Seramai tujuh orang terbunuh apabila sebuah hotel terbakar di bandar Fukuyama semalam, kata polis tempatan.

"Tujuh orang, tiga lelaki dan empat wanita mati," kata seorang pegawai polis tanpa memberikan butiran yang lebih lanjut.

Menurut seorang jurucakap bomba, tujuh mangsa yang terbunuh itu adalah daripada 10 orang yang dihantar ke hospital selepas kebakaran itu.

Sebuah agensi berita, Jiji Press melaporkan, tiga orang termasuk pekerja hotel cedera dalam kebakaran itu.

Kebanyakan mangsa yang mati adalah kerana terhidu karbon dioksida.

Turut cedera dalam kebakaran itu ialah seorang pekerja wanita berusia 75 tahun.

Ketika kejadian, seramai 13 orang berada di hotel tersebut yang setinggi empat tingkat.

Kebakaran itu berlaku pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.

Punca kebakaran masih disiasat. - Agensi

Polis minta konsert Lady Gaga dibatalkan

Posted:

Polis minta konsert Lady Gaga dibatalkan

Polis minta konsert Lady Gaga dibatalkan


GAMBAR fail bertarikh 29 April lalu menunjukkan beberapa aktivis Islam menyertai tunjuk perasaan bagi membantah konsert Lady Gaga di Jakarta.


JAKARTA - Konsert Lady Gaga dijadualkan diadakan pada 3 Jun depan.Bagaimanapun, polis masih belum memutuskan sama ada 40,000 orang pemegang tiket akan dibenarkan menonton konsert tersebut.

"Permit konsert itu dikeluarkan Polis Nasional Indonesia," kata jurucakap polis Jakarta, Rikwanto.

Bagaimanapun, pihak polis bandar raya Jakarta tidak mengesyorkan konsert tersebut diadakan.

"Kami masih membincangkan (tentang pengeluaran permit konsert itu)," kata jurucakap Polis Nasional Indonesia, Rafli Amar kepada portal berita Beritasatu.com.

Menurutnya, konsert itu akan diadakan pada bulan depan menyebabkan pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mengeluarkan permit.

Pasukan Pembela Muslim mendesak polis untuk membatalkan konsert itu bagi mengelak konflik antara kumpulan Islam dengan para peminat Lady Gaga.

"Kami meminta Polis Nasional Indonesia untuk menimbangkan tentangan orang awam terhadap konsert Lady Gaga," kata pengerusi lembaga pasukan itu, M. Mahendradatta.

Menurutnya, penyanyi itu mempromosi pemujaan ke atas syaitan dan akan menjejaskan moral golongan muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan