Selasa, 27 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Program roket Pyongyang dibimbangi

Posted:

Program roket Pyongyang dibimbangi

SEOUL 27 Mac- Pemimpin Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan China memberi amaran terhadap ancaman keganasan nuklear pada hari terakhir Sidang Kemuncak mengenai Keselamatan Nuklear, berikutan kebimbangan terhadap rancangan Korea Utara mahu melancarkan roket jarak jauh.

Sebanyak 60 pemimpin dunia termasuk Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri sidang kemuncak dua hari itu di sini bagi membincangkan langkah-langkah untuk mengelakkan pengganas meletupkan senjata atom di bandar-bandar utama.

Para pemimpin dunia itu dijadual mengeluarkan satu kenyataan hari ini berhubung usaha-usaha untuk mengurangkan bekalan bahan nuklear dunia menjelang 2014.

Perbincangan di sidang kemuncak itu tertumpu kepada rancangan Korea Utara untuk melancarkan satelit menggunakan roket jarak jauh pada 15 April ini sempena ulang tahun kelahiran pengasas negara itu, Kim Il Sung.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Bantahan kematian remaja kulit hitam

Posted:

Bantahan kematian remaja kulit hitam


Penunjuk perasaan melaungkan slogan membantah kegagalan polis menahan seorang anggota keselamatan yang menembak mati remaja kulit hitam Trayvon Martin, dalam satu tunjuk perasaan di Los Angeles, California, kelmarin. - REUTERS


SANFORD 27 Mac - Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di sini semalam untuk menuntut keadilan terhadap seorang remaja berkulit hitam yang ditembak mati oleh seorang anggota keselamatan pada bulan lalu.

Kes tersebut, sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk Amerika Syarikat (AS) dan membangkitkan kembali ketegangan berhubung isu perkauman.

Kira-kira 8,000 penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan di Sanford dekat Florida untuk mengemukakan petisyen yang ditandatangani lebih dua juta orang kepada pemimpin sivik bagi menuntut hukuman dikenakan ke atas anggota keselamatan yang bertanggungjawab menembak mati Trayvon Martin, 17, pada bulan lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan