Berita Harian: Dunia |
Pelan tamat krisis politik Syria Posted: 27 Mar 2012 02:54 PM PDT Dunia BAGHDAD: Pemimpin Arab akan menawarkan pelan baru menangani kebuntuan politik Syria tetapi tidak akan mendesak peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad, kata diplomat Iraq.Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari, berkata pembangkang Syria perlu bersetuju mengenai strategi tunggal untuk menamatkan krisis di negara itu. Isu itu akan menjadi agenda utama persidangan Liga Arab selama tiga hari yang bermula semalam di Baghdad. Ia akan berakhir esok (Khamis) dengan kehadiran pemerintah dan ketua kerajaan negara anggota. Dua puluh dua negara membentuk Liga Arab tetapi Syria tidak dijemput ke sidang tahunan itu, yang diadakan di Iraq tahun ini buat kali pertama dalam satu generasi. "Krisis semakin memuncak di Syria. Pembunuhan setiap hari, pertumpahan darah, penyelesaian politik menemui jalan buntu. Apa perlu dilakukan? Ia adalah tanggungjawab semua yang hadir di persidangan ini," kata Zebari kepada wartawan di Baghdad kelmarin.Beliau berkata, pemimpin berkemungkinan bersetuju dengan penyelesaian yang boleh dilakukan untuk menamatkan keganasan tetapi terpulang kepada rakyat Syria menentukan masa depan mereka. "Ia bukan hak negara lain untuk berkata kepada rakyat Syria pemimpin bagaimana yang mereka perlukan atau tidak. Saya tidak rasa akan ada desakan supaya Assad meletak jawatan," katanya. Pelan baru itu serupa dengan yang dicadangkan Liga Arab sebelum ini supaya Assad menyerahkan kuasa secara aman kepada naibnya sehingga pilihan raya baru dan terbuka boleh diadakan, kata Zebari. Liga itu juga menggesa gencatan senjata segera daripada kedua-dua pihak dan bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki zon perang.
Zebari juga memberi peringatan kepada kumpulan pembangkang Syria untuk bersama-sama menjayakan pelan itu demi keamanan. Beliau berkata pemimpin pembangkang dialu-alukan untuk datang ke Baghdad selepas persidangan itu berakhir untuk membincangkan cadangan itu. Iraq akan mempengerusikan liga itu selama setahun selepas persidangan itu ditutup. "Kami cuba mencari penyelesaian bagaimana untuk membantu rakyat Syria. Dengan rasa hormat kepada pembangkang Syria, mereka perlu bersatu," katanya. – AP |
Pencuri geledah beg penumpang nyenyak tidur Posted: 27 Mar 2012 02:53 PM PDT Dunia SINGAPURA: Ketika penumpang sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) dari Jakarta ke republik ini leka menonton video atau tidur Ahad lalu, dua lelaki sibuk menggeledah barang berharga dalam beg bimbit mereka.Kedua-duanya pencuri warga China itu, menggeledah beg yang diletakkan dalam kabin atas mencari barang berharga. Dalam satu kes, mereka berjaya menemui AS$5,000 (RM15,318.48) dalam sebuah beg komputer riba. Namun seorang anggota krew yang perasan memerhatikan mereka. Sejurus penerbangan Jakarta-Singapura itu mendarat di Lapangan Terbang Changi di sini, polis sedang menunggu kedua-duanya. Berapa kejadian kecurian berlaku bulan lalu. Laporan polis sudah dibuat dan syarikat penerbangan dan krew mereka mengambil langkah berjaga-jaga.Sebelum ini, seorang krew melihat seorang penumpang mengeluarkan sebuah beg komputer riba dari kabin atas, kemudian duduk di kerusi yang tiada penumpang, menarik sebuah dompet dan mengeluarkan sejumlah wang tunai dan disumbat ke dalam poket jaketnya. – Agensi |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan