Selasa, 27 Mac 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Miss Vancouver bukan perempuan

Posted: 26 Mar 2012 09:10 AM PDT

VANCOUVER: Pengurusan Miss Universe menggugurkan seorang peserta pertandingan itu, Jenna Talackova, semalam.

Tindakan menggugurkan Jenna daripada menyertai pertandingan ratu cantik itu ialah kerana dia dilahirkan sebagai lelaki. Jenna, 23, berjaya menyertai pertandingan Miss Universe Kanada selepas memenangi pertandingan Miss Vancouver.


Ketika sesi peragaan pakaian renang, pihak juri mendapati terdapat kelainan pada susuk tubuh Jenna.

Sebaik mengetahui Jenna dilahirkan sebagai lelaki, mereka sepakat menggugurkannya daripada menyertai pertandingan Miss Universe Kanada.


Pihak penganjur bagaimanapun membelanya dengan mengatakan Jenna seorang wanita tulen.


Namun, mengikut peraturan pertandingan yang menekankan setiap peserta perlu dilahirkan sebagai perempuan, maka pihak juri sepakat membatalkan penyertaannya.

"Dia mempunyai naluri seorang perempuan dan dia memang wanita asli. Dia tidak menjangka soal jantina akan menjadi persoalan dalam pertandingan ini," kata Pengarah Kebangsaan Miss Universe Kanada, Denis Davila.


"Jenna berharap kita dapat memberinya peluang untuk dia bersaing dalam pertandingan itu, tetapi mengikut peraturan, dia tidak layak untuk kembali bersaing," katanya.

Sementara itu, Jenna turut memberi ulasan mengenai pengggugurannya daripada menyertai Miss Universe melalui Youtube. Jenna menceritakan sejarah hidupnya yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi mengubah jantinanya kepada perempuan.


Jenna berkata dia merasakan dirinya sebagai perempuan sejak berusia empat tahun. Dia mendapatkan suntikan hormon ketika berusia 14 tahun. Ketika berusia 19 tahun pula, Jenna memutuskan untuk menjalani pembedahan jantina. - DM



Hasrat bertukar pasangan musnah

Posted: 26 Mar 2012 09:07 AM PDT

KAHERAH: Sepasang suami isteri yang mewujudkan laman Facebook bertukar isteri menghadapi hukuman penjara selepas polis menghantar anggota lelaki dan wanitanya untuk menyamar sebagai pasangan yang berminat untuk menyertai kumpulan itu.

Polis menerima maklumat bahawa beberapa pasangan yang menjadi ahli laman Facebook itu menganjurkan majlis seks dengan bertukar pasangan untuk mereka yang sudah berkahwin. Pegawai polis yang menyamar bertemu pasangan itu di Giza tetapi selepas mereka bersetuju untuk berjumpa di sebuah tempat kemudian, polis melakukan serbuan dan menahan pasangan berkenaan. Si suami, akauntan dan isterinya, pengetua pusat asuhan kanak-kanak mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun. Mereka sudah berkahwin selama lima tahun.


Menurut pihak berkuasa Mesir, lelaki itu mendakwa dia mendapat idea berkenaan selepas melihat laman sama yang diwujudkan oleh seorang lelaki warga Qatar enam bulan lalu.

Dia menyarankan idea itu kepada isterinya yang kemudian bersetuju dengan cadangan itu. - DM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan