Rabu, 14 Mac 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Rebekah Brooks ditahan semula

Posted: 13 Mar 2012 08:47 AM PDT

LONDON: Polis Britain menahan lima lelaki dan seorang wanita dalam siasatan skandal penggodaman telefon oleh media, semalam.

Seorang daripada tahanan itu ialah bekas eksekutif kanan News International milik Rupert Murdoch, Rebekah Brooks.


Setakat ini polis tidak mendedahkan identiti suspek, tetapi sumber berkata, Rebekah dan suaminya, Charlie, 49, - seorang pembiak kuda terkenal dan rakan Perdana Menteri David Cameron, ditahan di rumah mereka.

Polis berkata, semua enam suspek terbabit dipercayai berpakat "memesongkan proses keadilan." Tuduhan itu membayangkan siasatan pihak berkuasa mungkin ditumpukan kepada cubaan melindungi kegiatan penggodaman telefon.


Kes itu adalah lanjutan daripada siasatan salah laku meluas dalam akhbar News Of The World milik Murdoch yang kini ditutup operasinya.


Ramai tokoh terkenal, termasuk selebriti, ahli politik dan keluarga mangsa penjenayah, dipercayai menjadi sasaran aktiviti berkenaan.

Polis berkata, lima suspek ditahan di beberapa lokasi berbeza sekitar London dalam serbuan dijalankan di antara jam 5 pagi dan 7 pagi (waktu tempatan) semalam.


Jurucakap polis berkata, seorang wanita berusia 43 tahun ditahan di rumahnya di Oxfordshire dan disoal siasat di situ.

"Turut diberkas, seorang lelaki berusia 49 tahun di Oxfordshire," katanya.


Suspek lain ialah empat lelaki, masing-masing berusia 39, 46, 38, dan 48 tahun yang diberkas di Hampshire, West London, Hertforshire serta East London.


Satu siasatan mengenai etika media dikendalikan seorang hakim sebelum ini mendengar pengakuan salah laku ramai wartawan dan News International berjaya mendapat sejumlah penyelesaian luar mahkamah dengan beberapa mangsa.


Siasatan juga dibuat bagi mengetahui hubungan rahsia antara polis dan media sehingga pihak berkuasa membuat beberapa tangkapan baru-baru ini.


Satu panel siasatan dilantik Cameron kini cuba mengesan mengapa siasatan awal polis mengenai penggodaman telefon pada 2006 gagal mendedahkan isu itu.


Ketika itu, eksekutif Murdoch mendakwa, salah laku berkenaan dibuat seorang wartawan dan penyiasat persendirian.


Kedua-dua mereka didapati bersalah dan dipenjara.


Siasatan polis dibuka semula tahun lalu apabila wartawan didapati menceroboh peti simpanan suara seorang budak sekolah yang hilang.


Budak terbabit akhirnya ditemui mati dibunuh.


Insiden itu mendorong penasihat media Cameron, Andy Coulson, yang pernah menjadi pengarang News Of The World, meletak jawatan.


Ia juga menyebabkan Rebekah ditahan, tetapi dibebaskan semula dengan ikat jamin. - AP



Jurujual teruja jadi ‘anak patung’ Barbie

Posted: 13 Mar 2012 08:44 AM PDT

LONDON: Peminat Barbie, Charlotte Hothman, membelanjakan RM50,000 semata-mata untuk menampilkan dirinya seperti anak patung keluaran jenama berkenaan, lapor media semalam.

Bekerja sebagai jurujual, Charlotte, 24, mengubah suai hidung dan bibirnya supaya menyerupai anak patung.


Dia turut mewarnakan rambutnya, selain menggunakan wang simpanan membeli pakaian serupa dengan anak patung Barbie.

Kata Charlotte, walaupun pengalaman pembedahan itu menyakitkan, dia menganggap ia berbaloi.


"Saya memerlukan beberapa minggu untuk menghilangkan kesan bengkak akibat pembedahan itu," katanya.


Dengan perubahan fizikal itu, Charlotte berkata, dia sangat berpuas hati.

"Gadis mana yang tak mahu menjadi seperti Barbie?" katanya. - TS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan