Sabtu, 18 Februari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Penduduk Palestin sokong Khader Adnan

Posted:

Penduduk Palestin sokong Khader Adnan

Penduduk Palestin sokong Khader Adnan


Penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan di luar kediaman Khader Adnan (potret) di Araba, dekat bandar Jenin, Tebing Barat sebagai tanda sokongan kepada pemimpin pergerakan Jihad Islam itu, yang melancarkan mogok lapar di penjara Israel, semalam. - AFP


GAZA 18 Feb. - Beribu-ribu penduduk Palestin berhimpun di Genting Gaza dan Tebing Barat, semalam sebagai tanda sokongan kepada seorang tahanan Palestin, Khader Adnan yang melancarkan mogok lapar kerana membantah penahanannya oleh tentera Israel.

Hari ini masuk hari ke-62, Khader yang merupakan pemimpin kumpulan Jihad Islam melancarkan mogok lapar kerana membantah penahanannya.

"Kami semua adalah Khader Adnan," laung penunjuk perasaan bersama para aktivis daripada beberapa parti politik utama Palestin.

Khader, 33, menolak untuk makan sejak pertengahan Disember lalu kerana membantah penahanannya di Tebing Barat, tanpa sebarang dakwaan.

Khader ditahan di bawah peraturan yang digelar penahanan pentadbiran, yang membenarkan Isreal menahannya tanpa dibicarakan atau didakwa.

Kumpulan Jihad Islam berkata, keganasan akan menjadi bertambah buruk sekiranya Khader meninggal dunia, berikutan laporan yang menyatakan kesihatannya semakin merosot sejak akhir-akhir ini. - REUTERS

Minum teh elak serangan jantung

Posted:

Minum teh elak serangan jantung

Minum teh elak serangan jantung

LONDON 18 Feb. - Pengambilan tiga cawan teh setiap sehari cukup untuk mengelak anda daripada serangan jantung dan diabetis jenis 2, menurut satu kajian terkini.

Kajian diketuai Dr. Carrie Ruxton itu menunjukkan pengambilan teh hitam secara teratur, sama ada ditambah dengan susu atau tidak, boleh mengurangkan masalah jantung dengan memotong paras kolestrol jahat dan juga gula dalam darah.

Beliau yang merupakan Pakar Pemakanan berkata, manfaat teh terletak pada kandungan flavonoid, iaitu bahan anti-oksidan yang berfungsi mengawal penyakit kardiovaskular.

"Sebenarnya banyak manfaat yang terkandung dalam minuman kegemaran ramai ini daripada apa yang kita jangkakan," kata Ruxton, yang juga merupakan anggota Panel Penasihat Teh (TAP).

Menurutnya, secawan teh menyediakan antara 150 dan 200 miligram flavonoid dan ia merupakan sumber anti-oksidan terbaik berbanding hidangan-hidangan lain.

Sebagai perbandingan, kandungan anti-oksidan dalam dua cawan teh bersamaan dengan lima bahagian sayur-sayuran.

Seorang lagi anggota TAP, Dr. Tim Bond pula berkata, masalah kronik seperti sakit jantung, strok dan diabetis berkait rapat dengan proses keradangan dan kehadiran radikal bebas pro-oksidan yang berlebihan dalam badan.

"Bahan anti-oksidan dan anti- keradangan yang terkandung dalam flavonoid teh hitam memberi kesan positif kepada tubuh," katanya. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan