Sabtu, 18 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Putera Ratu Belanda nyaris maut tertimbus salji di Austria

Posted: 18 Feb 2012 03:29 PM PST

Dunia

Putera Johan Friso

Putera Johan Friso

VIENNA: Anak lelaki kedua Ratu Belanda, Ratu Beatrix, Putera Johan Friso, 43, cedera parah selepas tertimbus dalam runtuhan salji ketika meluncur salji di luar laluan biasa di hujung paling barat Austria Jumaat lalu dan dikejarkan ke unit rawatan rapi di hospital Innsbruck, kata pegawai.

Masih tidak jelas keadaan Putera Friso ketika ini.

Kerajaan Belanda dalam satu kenyataan memberitahu beliau berada dalam keadan stabil tetapi nyawanya masih dalam bahaya. Jurucakap di lokasi kemalangan, Stefan Jochum, berkata keadaan Friso serius tetapi nyawanya tidak lagi dalam bahaya.

Jochum berkata kemalangan berlaku petang kelmarin ketika putera dan beberapa peluncur salji membuat luncuran di cerun jauh daripada kawasan bertanda bagi laluan peluncur yang penuh dengan salji selepas beberapa minggu mencatatkan penurunan yang lebat.

"Salji tiba-tiba runtuh menyebabkan putera itu tertimbus," kata Jochum dalam temubual telefon.

Helikopter penyelamat tiba di kawasan kejadian dalam tempoh beberapa minit. Sebaik Friso dikesan dan dikeluarkan, beliau diberikan bantuan kecemasan dan diterbangkan ke hospital, kata Jochum.
Beliau tidak dapat mengesahkan laporan berita yang putera itu tertimbus selama 15 minit sebelum beliau ditemui dan berkata tiada maklumat mengenai kecederaannya.

Friso berada di Lech bersama beberapa lagi anggota kerabat diraja. Friso, anak kedua daripada tiga anak Beatrix melepaskan sebarang tuntutan menaiki takhta bagi membolehkannya mengahwini orang kebanyakan Belanda, Mabel Wisse Smit, pada 2004.

Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan, Emma dan Joanna.

Baru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai pengarah kewangan di konsortium pengkayaan uranium Eropah, Urenco.

Saat paling getir dalam kehidupannya sebagai anggota kerabat Belanda apabila beliau bertunang dengan orang kebanyakan, Wisse Smit pada 2003.

Selepas pasangan itu mengumumkan hasrat untuk berkahwin pada 2003, media Belanda mendedahkan hubungan Wisse Smit sebelum ini dengan beberapa pihak ketika beliau di kolej termasuk tokoh bawah tanah Belanda yang juga pengedar dadah yang dibunuh selepas itu.

Pasangan itu dikenali sebagai 'naif dan tidak sepadan' ketika proses tapisan sebelum menyertai keluarga diraja. Kemudian, Perdana Menteri Jan Peter Balkenende memberi isyarat beliau tidak dapat mengesyorkan perkahwinan itu ke Parlimen untuk kelulusan. – AP

Diplomat Israel disaran tidur dengan senjata bawah bantal

Posted: 18 Feb 2012 03:28 PM PST

Dunia

TEL AVIV: Serangan di India, Georgia dan tiga letupan di Thailand mendorong diplomat Israel di seluruh dunia lebih berwaspada, dan seorang bekas pegawai keselamatan muncul dengan idea lebih melampau – menasihatkan mereka tidur dengan senjata di bawah bantal, lapor media Israel.

"Berhati-hati adalah perkara utama dalam hal ini, kata Nimrod Firstenberg," kata pegawai agensi keselamatan dalam negeri Israel, Shin Bet.

Firstenberg, yang menjadi anggota pasukan keselamatan pelbagai kedutaan, memberikan amaran keras: "Tidur dengan senjata dan lampu suluh di bawah bantal." Diplomat Israel di seluruh dunia berada dalam keadaan berjaga-jaga, malah kanak-kanak diberi amaran sentiasa berhati-hati, lapor ynetnews.com.
Sebuah kereta kedutaan Israel yang membawa isteri seorang diplomat menjadi sasaran serangan di New Delhi awal minggu ini manakala di ibu negara Georgia, Tbilisi, polis berjaya mematikan bom diletakkan pada kenderaan seorang warga negara itu yang bekerja dengan kedutaan Israel.

Sehari kemudian, tiga letupan menggegarkan Bangkok dan seorang lelaki Iran cedera.

Diplomat veteran Israel, Eli Shaked, mencadangkan supaya diplomat Israel tidak menonjolkan diri sebaliknya cuba melakukan sesuatu di luar rutin untuk mengelirukan musuh.
"Ia memberikan kesan semua orang termasuk kanak-kanak mungkin tidak ke sekolah. Anda perlu berbuat sesuatu untuk tidak berada di tempat yang sepatutnya bagi mengelakkan tempat pengganas mungkin merancang serangan.

"Malah kanak-kanak sedar ada sesuatu berlaku dan perlu diarahkan memberi perhatian kepada apa yang berlaku tanpa panik serta menakutkan mereka. Matlamat kita ialah menjalani kehidupan normal sebaik yang boleh dalam persekitaran tidak normal," dia dipetik sebagai berkata.

Diplomat Israel diberitahu supaya tidak menggunakan kereta buat masa ini, lapor media. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan