Ahad, 26 Februari 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Kartun dijangka peroleh lelongan RM120 juta

Posted:

Kartun dijangka peroleh lelongan RM120 juta

Kartun dijangka peroleh lelongan RM120 juta

LUKISAN bertajuk Sleeping Girl yang dihasilkan oleh Roy Lichtenstein dan bakal dilelong pada 9 Mei depan,
dijangka mampu mencecah harga AS$40 juta.


NEW YORK - Lukisan artis Roy Lichtenstein bertajuk Sleeping Girl yang diinspirasikan daripada buku komik dijangka dapat dilelong pada harga AS$40 juta (RM120.4 juta) oleh rumah lelongan Sotheby's di New York pada 9 Mei depan.

Lukisan tahun 1964 yang memaparkan seorang wanita berambut perang dan seksi itu merupakan sebahagian daripada siri lukisan Lichtenstein. Ia disifatkan sebagai hasil karya terhebat dunia seni pasca perang Amerika Syarikat.

"Sleeping Girl ialah salah satu karya terbaik kurun ke-20. Ia sebaris dengan lukisan ikonik wanita oleh pelukis seperti Pablo Picasso, Constantin Brancusi dan Amedeo Modigliani.

"'Gadis-gadis' Lichtenstein sememangnya antara hasil karya Lichtenstein yang paling dikehendaki pada hari ini. Sleeping Girl didambakan oleh para peminatnya sejak ia dihasilkan pada tahun 1964. Lukisan ini amat segar dan bertenaga, seolah-olah ia baru dilukis semalam," kata Ketua Seni Kontemporari Seluruh Dunia Sotheby's, Tobias Meyer.

Lukisan yang menjadi sebahagian daripada Jualan Seni Kontemporari Sotheby's akan dipamerkan di Los Angeles, Hong Kong, London dan New York sebelum dilelong. - REUTERS

Budak 12 tahun mati akibat H5N1 di Pulau Bali

Posted:

Budak 12 tahun mati akibat H5N1 di Pulau Bali

Budak 12 tahun mati akibat H5N1 di Pulau Bali


SEORANG pegawai veterinar menyembur bahan kima antivirus selesema burung ke arah beberapa sangkar ayam di sebuah pasar di Medan, Indonesia semalam.


BALI - Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dari pulau percutian Bali menjadi mangsa terbaharu wabak selesema burung yang sudah meragut empat nyawa di Indonesia pada tahun ini.

Kanak-kanak itu mula demam pada 11 Februari lalu sebelum dimasukkan ke hospital lima hari kemudian, kata Ketua Kawalan Penyakit Berjangkit daripada Haiwan, Kementerian Kesihatan Indonesia, Rita Kusriastuti.

"Dia mengalami masalah semput dan akhirnya meninggal dunia Selasa lalu. Ujian makmal mengesahkan dia mati akibat virus H5N1," tambah Rita.

Kebimbangan terhadap virus selesema burung kembali meningkat di Asia selepas China melaporkan kematian pertama akibat virus H5N1 dalam tempoh 18 bulan pada Disember lalu.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Indonesia merupakan negara yang paling teruk terjejas dengan wabak H5N1 dengan 150 kematian direkodkan antara 2003 hingga 2011.

Kementerian Kesihatan Indonesia dalam laman webnya menyatakan seramai 154 orang meninggal dunia setakat ini sejak 2005.

- AFP

99.8 peratus rakyat Yemen pilih Hadi

Posted:

99.8 peratus rakyat Yemen pilih Hadi

99.8 peratus rakyat Yemen pilih Hadi


HADI (kiri) memasukkan kertas undinya ke dalam kotak undi di sebuah pusat pengundian di Sanaa, Yemen pada Selasa lalu.


SANAA - Calon tunggal pilihan raya presiden Yemen, Timbalan Presiden Abdrabuh Mansur Hadi memperoleh 99.8 peratus undi dalam satu kiraan undi yang sah, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Yemen semalam.

Berdasarkan kepada keputusan akhir, seramai 6.6 juta daripada 10.2 juta pengundi yang layak telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Angka itu mewakili 66 peratus golongan yang keluar membuang undi.

Hadi mengangkat sumpah di Parlimen semalam dan akan menjadi Presiden Yemen secara rasmi pada Isnin ini. Beliau sekali gus menggantikan bekas presiden, Ali Abdullah Saleh yang kini dalam proses peralihan kuasa di bawah satu perjanjian transisi kelolaan Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk.

"Majlis pelantikan akan diadakan di Istana Presiden yang menyaksikan Ali menyerahkan kuasa eksekutif secara rasmi kepada Hadi," jelas satu kenyataan daripada suruhanjaya terbabit.

Penyerahan kuasa itu menyempurnakan perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujui pada November lalu. Perjanjian kontroversi tersebut menjelaskan bahawa Ali bersetuju untuk berundur dan diberi imuniti daripada dakwaan membunuh ratusan rakyat Yemen dalam protes yang berlangsung selama 10 bulan. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan