Ahad, 26 Februari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Rezeki ‘anak rahsia’ Whitney

Posted: 25 Feb 2012 08:16 AM PST

LOS ANGELES: Anak lelaki 'rahsia' Whitney Houston dikatakan bakal menikmati sebahagian besar daripada kekayaan penyanyi itu tidak lama lagi.

Sumber keluarga Whitney berkata, Nick Gordon, 22, diselamatkan penyanyi itu dengan membawanya hidup di rumah sama di Atlanta, Georgia, ketika dia masih kecil.


Walaupun tidak pernah dijadikan anak angkat secara rasmi, Gordon memang mempunyai latar belakang bermasalah sebelum dilindungi Whitney.

Menurut sumber, Gordon sangat akrab dengan Whitney serta anak penyanyi itu dengan suaminya, Bobbi Kristina Brown, 18.


"Hakikatnya, Gordon seolah-olah abang kandung Bobbi," katanya.


Sumber itu berkata, walaupun Whitney, 48, berdepan dengan pelbagai masalah kewangan dan peribadi di akhir hayatnya, penyanyi itu masih memiliki harta bernilai 20 juta (RM100 juta).

Ia semakin meningkat ekoran jualan album Whitney yang laris sejak kematiannya.


Sumber berkata, Gordon hampir pasti akan menerima sebahagian kekayaan ditinggalkan itu.

"Whitney sangat menyayangi Gordon seperti seorang ibu dengan anak kandungnya," katanya.


Sumber itu berkata, jika nama Gordon tidak termasuk dalam wasiat ditulis Whitney, kekayaan itu akan diwarisi Bobbi.


Dalam keadaan itu, kata sumber berkenaan, Bobbi tentu akan memastikan Gordon tidak diabaikan demi Whitney," katanya.


Pada masa sama, Gordon juga ada masalah sendiri.


Pada 2011, dia didakwa memiliki senjata api apabila cuba meleraikan pergaduhan Bobbi dengan bekas teman lelakinya. - TS



Kondom terjatuh dari poket

Posted: 25 Feb 2012 08:13 AM PST

LOS ANGELES: Selebriti kegilaan remaja yang mula melakar nama di saluran Disney, Zac Efron, pasti aib apabila sepaket kondom terjatuh dari poketnya ketika dia tiba untuk menghadiri tayangan perdana filem terbaru, The Lorax, semalam.

Insiden berlaku ketika dia mengeluarkan tangan dari poket seluar untuk bersalaman dengan peminatnya yang menunggu pintu masuk ke panggung.


Kebanyakan peminat yang berbaris pada majlis itu adalah kanak-kanak atau remaja kerana filem berkenaan dihasilkan untuk tontonan keluarga.

Kejadian itu turut dirakamkan dalam bentuk video dan menjadi perhatian ramai di Internet.


Menurut sumber, peminat pasti tertanya-tanya apa yang difikirkan Efron ketika memasukkan kondom berkenaan ke poketnya. - MOL



Tiada ulasan:

Catat Ulasan