Ahad, 26 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kediaman Osama kena roboh

Posted: 26 Feb 2012 12:04 PM PST

Dunia

PENDUDUK melihat kerja meroboh kediaman Osama bin Laden yang dibunuh di bandar  Abbottabad, kelmarin.

PENDUDUK melihat kerja meroboh kediaman Osama bin Laden yang dibunuh di bandar Abbottabad, kelmarin.

Kerja meroboh di Bandar Bilal menggunakan jentolak bermula kelmarin

ABBOTTABAD: Pihak berkuasa Pakistan semalam merobohkan kompleks kediaman bekas pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di pinggir Abbottabad, yang juga lokasi beliau dibunuh dalam serbuan tentera Amerika Mei lalu.

Saksi berkata, kerja merobohkan kediaman di kawasan dikenali sebagai kejiranan Bandar Bilal, dilakukan menggunakan jentolak, bermula lewat kelmarin dan berterusan sepanjang malam hingga Subuh.

Askar menyekat laluan ke kediaman itu dan membawa masuk jentera berat untuk kerja meroboh. Wartawan juga dihalang mengambil gambar dari jarak dekat. - Saksi Penduduk tempatan

"Askar menyekat laluan ke kediaman itu dan membawa masuk jentera berat untuk kerja meroboh. Wartawan juga dihalang daripada mengambil gambar dari jarak dekat," kata seorang saksi.

Bagaimanapun, seorang wartawan AFP di lokasi melaporkan hanya melihat bilik kosong, almari dan kerusi di dalam rumah berkenaan.

Beliau berkata lebih separuh daripada kediaman itu dirobohkan menggunakan empat jentolak.

Kira-kira 500 anggota polis ditempatkan di situ, sebahagian mereka mengawal di bahagian luar manakala askar ditempatkan di bahagian dalam kediaman berkenaan.
"Kerja meroboh dilakukan pasukan keselamatan termasuk askar dan berterusan sepanjang malam hingga hari ini," kata seorang pegawai polis.

Kediaman Osama dikawal pasukan keselamatan sejak bekas pemimpin al-Qaeda itu dibunuh pasukan tentera khas Amerika (SEALs) dalam satu operasi tanpa pengetahuan Islamabad.

Osama tinggal di kediaman berkenaan selama beberapa tahun bersama tiga isterinya selain sembilan orang anak dan cucu.

Tentera Amerika mengebumikan beliau di laut dengan alasan untuk mengelak perkuburannya menjadi tempat pemujaan dan peringatan kepada peristiwa 11 September jika beliau dikebumikan di darat.

Bagaimanapun kediaman Osama mula menjadi tarikan pelawat dan menarik beratus-ratus pengunjung setiap hari.

Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa mengenai kemungkinan ia dijadikan tempat pemujaan atau destinasi pelancong jika tidak dimusnahkan. – AFP

Lebih 80,000 rakyat Syria lari ke Jordan

Posted: 26 Feb 2012 12:01 PM PST

Dunia

AMMAN: Lebih 80,000 rakyat Syria melarikan diri ke Jordan berikutan hampir 11 bulan keganasan di tanah air mereka, kata seorang pegawai kerajaan Jordan semalam.

Bilangan pelarian yang ramai, yang jauh lebih tinggi berbanding angka yang dilaporkan sebelum ini oleh kerajaan Jordan, membuktikan pertumpahan darah yang semakin buruk di Syria berikutan tindakan Presiden Bashar al-Assad cuba menghentikan pemberontakan rakyat negara yang mahukan dia meletak jawatan.

Menteri Penerangan Jordan, Rakan al-Majali, semalam berkata 73,000 pelarian memasuki negara itu dari Syria menerusi sempadan utara Jordan. Perangkaan mengandungi pelarian yang memasuki negara itu secara sah. Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri berkata sekurang-kurangnya 10,000 rakyat Syria termasuk pegawai pasukan keselamatan memasuki Jordan secara haram sejak kebangkitan bermula, menjadikan bilangan pelarian di negara itu secara kasar mencecah 83,000.

Pelarian yang melarikan diri daripada tindakan ganas Assad mendapat bantuan di Jordan. Kebanyakan mereka ditempatkan di pangsapuri dan sebahagiannya dibantu oleh keluarga Jordan dan menerima bantuan kerajaan, kumpulan persendirian dan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Presiden kebajikan Kitab dan Sunnah, salah satu kumpulan bantuan yang diiktiraf secara rasmi membantu pelarian Syria mendapatkan rumah, makanan dan bantuan rawatan, Zaid Hamad, berkata perangkaan kerajaan tepat dan meramalkan bilangan akan bertambah.

Hamad berkata, pertubuhannya saja membantu sekurang-kurangnya 20,000 rakyat Syria di negara itu.
"Saya percaya dalam masa sebulan bilangan itu akan terus meningkat kerana kami menerima sekurang-kurangnya 40 pelarian sehari," katanya. – AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan