Harian Metro: Global |
Posted: 30 Jan 2012 08:18 AM PST ONTARIO: Seorang lelaki Afghanistan, isteri dan anak mereka, dipenjara seumur hidup selepas juri mendapati mereka bersalah membunuh tiga adik beradik perempuan dan isteri pertama lelaki itu. Juri mengambil masa 15 jam sebelum mendapati Mohammad Shafia, 58, isteri, Tooba, 42 dan anak mereka, Hamed, 21, bersalah atas tuduhan membunuh. Keempat-empat mayat itu ditemui pada Jun 2009 dalam kereta yang tenggelam dalam satu terusan di Kingston, Ontario, tempat keluarga itu berhenti dalam perjalanan pulang dari Air Terjun Niagara. Pendakwa raya berkata, ketiga-tiga adik beradik perempuan itu dibunuh kerana memalukan keluarga dengan berpakaian tidak senonoh, keluar dengan teman lelaki, bersosial dan bersembang menerusi Internet.
Isterinya, Tooba, dalam keadaan terisak-isak, juga berkata, keputusan itu tidak adil. "Saya bukan pembunuh. Saya ibu mereka," katanya. Anak mereka, Hamed yang bercakap dalam bahasa Inggeris berkata: "Saya tidak menyebabkan kakak dan adik saya lemas." Bagaimanapun, hakim, Robert Maranger tidak berganjak dan berkata, bukti yang ada jelas menyokong mereka bersalah kerana merancang dan membunuh keempat-empat anggota keluarga mereka. Hakim, ketika menjatuhkan hukuman berkenaan, menyifatkan pembunuhan itu sebagai perbuatan yang amat keji dan kejam. Pihak pembelaan berkata, kereta itu terhumban akibat kemalangan selepas seorang daripada gadis berkenaan memandunya untuk bersiar-siar. Pendakwa raya sebelum itu berkata, tertuduh membunuh anak perempuan mereka kerana memalukan keluarga apabila mereka melanggar peraturan, termasuk dari segi pakaian. Mangsa keempat ialah isteri pertama Mohammad yang mandul dan tinggal bersama keluarga itu di Montreal. Hubungan itu, jika didedahkan, boleh menyebabkan mereka diusir pulang ke negara asal mereka. Pendakwa raya, Laurie Lacelle sebelum ini memberitahu mahkamah: "Mohammad, Tooba dan Hamed bersependapat ada sesuatu yang mencacatkan salasilah keluarga mereka. Mereka memutuskan untuk membetulkannya." Ketiga-tiga beranak itu menafikan pembunuhan berkenaan dengan mendakwa, bukti menunjukkan kematian itu satu kemalangan. - DM Full content generated by Get Full RSS. |
Kanak-kanak guna telefon bimbit tonton bahan lucah meningkat Posted: 30 Jan 2012 08:15 AM PST LONDON: Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah. Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.
Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun.
Kajian itu juga menunjukkan ramai kanak-kanak turut mengaku berdepan dengan tindakan ibu bapa dan guru mereka kerana mengakses laman web yang sepatutnya mereka tidak layari menerusi telefon bimbit mereka. - DM Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan