Selasa, 31 Januari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Tentera Thai minta maaf penduduk Muslim maut

Posted: 31 Jan 2012 02:45 PM PST

Dunia

IBU kepada seorang sukarelawan pertahanan Muslim yang mati ditembak militan dalam pembunuhan terbaru di Narathiwat, berdiri dekat tempat kejadian ketika anggota polis menguruskan jenazahnya, menyusuli pembunuhan lima orang Islam di Pattani.

IBU kepada seorang sukarelawan pertahanan Muslim yang mati ditembak militan dalam pembunuhan terbaru di Narathiwat, berdiri dekat tempat kejadian ketika anggota polis menguruskan jenazahnya, menyusuli pembunuhan lima orang Islam di Pattani.

BANGKOK: Askar Thailand semalam mengakui lima penduduk Muslim yang disyaki pemisah dan ditembak mati renjer tentera tiada kaitan langsung dengan pemberontak wilayah selatan negara itu.

Panglima tentera darat, Prayuth Chan-ocha meminta maaf kepada keluarga mangsa yang dibunuh di Pattani malam Ahad lalu dan memberi alasan renjer terbabit menghadapi tekanan untuk bertindak balas selepas pemisah melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ketika menyerang sebuah markas tentera berdekatan.

Pembunuhan terbaru mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi manusia dan penduduk Muslim di selatan. Kebanyakan mereka membenci peri laku dan kehadiran ramai anggota tentera di situ, dianggarkan 40,000 di Yala, Pattani dan Narathiwat.

Sejak ditempatkan di wilayah itu pada awal 2004 untuk melawan pergerakan pemisah yang masih belum dipastikan kekuatannya, anggota tentera Thailand dituduh banyak melakukan kesalahan termasuk mendera, menahan tanpa bukti, merogol dan membunuh.

Penduduk tempatan marah dengan ketidakadilan terhadap orang Islam manakala pihak berkuasa keberatan untuk menghukum anggota polis, askar dan pengawal bersenjata yang melakukan pembunuhan sesuka hati.

Seorang jurucakap tentera berkata, empat lelaki yang menjadi mangsa bunuh terbaru berada di belakang trak pikap apabila selaras raifal ditemui dan terbunuh apabila askar membalas tembakan ke arah lelaki bersenjata yang menembak mereka ketika memeriksa kenderaan itu.
Tembakan balas renjer tentera menyebabkan kematian mereka, manakala tiga orang lagi cedera dan penyerang bersenjata lari dari situ menggunakan motosikal.

Timbalan Perdana Menteri, Yuthasak Sasiprapha, bekas jeneral tentera, berkata siasatan lanjut perlu dibuat bagi memastikan sama ada renjer benar-benar bersalah.

"Jika pegawai kami memang bersalah, mereka perlu hadapi dakwaan ini dan meminta maaf," katanya sambil menyatakan pampasan dan keadilan akan diberi kepada keluarga mangsa. – Reuters/AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Bekas ketua perisik didakwa

Posted: 31 Jan 2012 02:44 PM PST

Dunia

LONDON: Dua warga Libya menyaman bekas pengarah agensi perisikan MI6 Britain yang dituduh memainkan peranan utama dalam penyerahan mereka kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, kata peguam mereka semalam.

Abdelhakim Belhaj, yang juga komander tentera Tripoli selepas pemimpin Libya digulingkan dalam revolusi tahun lalu dan rakannya, Sami al Saadi menuduh Britain bersubahat dalam penangkapan dan seterusnya penderaan mereka.

Mereka mengambil tindakan terhadap ketua unit anti pengganas MI6 pada ketika itu, Mark Allen selepas ada dokumen menunjukkan beliau terbabit secara langsung. "Kami mengambil langkah luar biasa mengemukakan tindakan undang-undang diambil individu berkenaan berdasarkan dokumen dalam simpanan kami yang menyarankan Sir Mark terbabit secara langsung dalam penyerahan anak guam kami dan keluarga mereka secara tidak sah," kata peguam firma Leigh and Co, Sapna Malik.

"Dokumen itu mengemukakan persoalan serius yang perlu dijawab terutama layanan dahsyat terhadap anak guam kami. Perlu ada pihak bertanggungjawab dalam perkara ini," katanya.

Bulan lalu, polis Britain mengumumkan mereka akan menyiasat dakwaan rakyat Libya itu dan Pengarah MI6, Mark Sawers berkata agensi itu akan memberi kerjasama penuh.

Fail yang didapati daripada simpanan arkib Gaddafi tahun lalu mendedahkan Belhaj ditawan oleh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Bangkok pada 2004 dan dengan bantuan ejen Britain dipaksa kembali ke Libya dan dipenjara dalam penjara Abu Salim.
Dalam surat kepada ketua perisikan Gaddafi, Moussa Koussa, bertarikh 18 Mac 2004, Allen menulis:

"Saya mengucapkan tahniah kepada anda atas ketibaan Abu Abd Allah Sadiq (Belhaj) dengan selamat. Hanya ini yang mampu kami bantu dan untuk Libya bagi menunjukkan hubungan luar biasa yang kita bina sejak bertahun-tahun lamanya,".

Sementara itu, Saadi menuduh ada ejen Britain turut terbabit apabila dia ditahan di Hong Kong pada 2004 menyebabkan dia dihantar pulang dan didera selama beberapa tahun.

"Sir Mark sudah dimaklumkan oleh dua lelaki Libya itu bahawa mereka berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadapnya," kata badan kebajikan perundangan yang membantu warga Libya itu, Reprieve.

Allen meninggalkan MI6 pada 2004 untuk bekerja dengan syarikat petroleum, BP, kata Reprieve. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan