Isnin, 7 November 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Kecekapan Arab Saudi dipuji

Posted:

Kecekapan Arab Saudi dipuji

Kecekapan Arab Saudi dipuji


MASJIDIL-HARAM dibanjiri jutaan umat Islam yang mengerjakan ibadah haji di Mekah yang turut berpuas hati dengan segala kemudahan moden yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi bagi memudah dan melicinkan mereka melaksanakan rukan Islam kelima. - AFP


MINA 7 Nov. - Jemaah haji rata-rata menyuarakan pujian terhadap Arab Saudi, pucuk pimpinan dan rakyatnya kerana menyediakan perkhidmatan cemerlang semasa haji dan mengendalikan perhimpunan tahunan terbesar umat Islam itu dengan baik sekali.

Di Arafah, jemaah turut mendoakan kesejahteraan Raja Abdullah (gambar), Putera Mahkota Naif dan anggota lain kerajaan kerana membelanjakan berbilion-bilion riyal untuk membina infrastruktur besar-besaran di tempat-tempat suci.

Mereka yang pernah menunaikan haji sebelum ini berkata, perubahan yang berlaku begitu menakjubkan, semuanya untuk kebaikan jemaah.

Seorang jemaah dari Kenya, Ayub Athman yang pernah mengerjakan haji sekitar lapan tahun lalu melahirkan rasa kagumnya kepada Arab News beberapa minit selepas dia tiba di Mina dari Muzdalifah dengan menaiki perkhidmatan monorel Mashair yang mula beroperasi tahun ini.

"Ini pengalaman yang hebat kerana semasa saya berada di sini tujuh atau lapan tahun lalu, semua orang bercakap mengenai kejadian berasak-asak dan terperangkap berjam-jam dalam kesesakan lalu lintas.

"Selepas meninggalkan Arafah pada tahun itu, kami mengambil masa tujuh jam untuk sampai di Muzdalifah," kata Athman.

Katanya, rombongannya ditinggalkan di Mina oleh pemandu mereka yang menghilangkan diri.

"Kami terpaksa pergi balik ke Muzdalifah dengan berjalan kaki untuk mengutip batu kecil bagi melakukan ibadah melontar jamrah," ujar Athman yang menyifatkan pengalaman hajinya tahun ini sebagai cerita yang berbeza sama sekali.

Jemaah dari Pakistan, Mohammad Imran, 25, memuji para pemimpin Saudi kerana tidak keberatan untuk memperuntukkan berbilion-bilion riyal bagi membina projek-projek besar.

"Tanggapan umum dunia luar ialah orang Islam tidak ada keupayaan untuk melakukan apa-apa, tetapi Arab Saudi membuktikan golongan skeptikal itu salah.

"Perkhidmatan kereta api ini ialah contoh terbaik kesungguhan mereka untuk membantu jemaah haji dan memastikan keselesaan mereka," kata Imran.

Jemaah berketurunan India dari Amerika Syarikat (AS), Junaid Sajjad mengakui bukanlah mudah untuk mengurus tiga juta jemaah haji.

"Ini cabaran logistik yang dihadapi bukan hanya untuk setahun tetapi setiap tahun, tetapi pihak Saudi telah mengambil segala langkah untuk memastikan perjalanan jemaah menjadi seberapa mudah yang boleh," katanya. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Nigeria giat buru Boko Haram

Posted:

Nigeria giat buru Boko Haram

Nigeria giat buru Boko Haram


Bangunan ibu pejabat polis negeri Yobe yang musnah dalam serangan terancang Boko Haram di Damaturu, Nigeria. - AFP


KANO, Nigeria 7 Nov. - Pasukan keselamatan Nigeria semalam menggiatkan usaha memburu kumpulan pengganas Boko Haram yang bertanggungjawab melakukan serangan di bandar Damaturu, timur laut negara ini, Jumaat lalu.

Serangan ketika umat Islam membuat persiapan menyambut Aidiladha itu mengorbankan 150 nyawa dengan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Nigeria memberi amaran kumpulan pengganas itu dipercayai merancang melakukan serangan seterusnya.

Pesuruhjaya Polis Yobe, Suleiman Lawal berkata, lebih 13,000 anggota polis dan skuad antipengganas juga ditempatkan di masjid dan gereja serta beberapa lokasi bagi mengawal keselamatan.

''Kita akan buru mereka ke setiap ceruk kawasan. Kita sudah bersedia,'' katanya.

Dalam serangan itu, ahli kumpulan Boko Haram mengaku melakukan serangan bom dan senjata api di bandar tersebut yang turut memusnahkan beberapa buah balai polis, masjid dan gereja.

Semalam, ahli kumpulan berkenaan juga dipercayai menembak mati seorang pegawai polis ketika dia dalam perjalanan pulang selepas selesai mengerjakan solat sunat Aidiladha di Maiduguri.

Di Damaturu yang menyaksikan 150 orang terbunuh, masyarakat Islam mengerjakan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang yang dikawal ketat berpuluh-puluh anggota polis.

Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan yang melabel serangan tersebut sebagai kejam, merayu masyarakat Islam supaya mendoakan keamanan Nigeria.

''Ini adalah masa untuk kita hidup aman. Namun, sebagai sebuah negara, kita berdepan dengan cabaran tersendiri termasuk serangan ketika musim perayaan,'' katanya.

Boko Haram yang bermaksud 'pendidikan Barat adalah haram' mahu menguatkuasakan undang-undang Syariah di Nigeria. - REUTERS/AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan