Isnin, 7 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Israel, AS cari sokongan dunia

Posted: 07 Nov 2011 12:31 PM PST

Dunia

ANGGOTA tentera Iran melaung slogan anti-Amerika selepas solat Aidiladha di Tehran, semalam. - Foto REUTERS

ANGGOTA tentera Iran melaung slogan anti-Amerika selepas solat Aidiladha di Tehran, semalam. - Foto REUTERS

Iran dakwa kedua-dua sekutu mahu serang kemudahan nuklear di Tehran

TEHRAN: Iran mendakwa Israel dan Amerika Syarikat cuba mendapatkan sokongan dunia bagi satu serangan tentera terhadap kemudahan nuklear negara itu, ketika Russia semalam memberi amaran bahawa ia akan menjadi 'satu kesilapan yang amat besar.'

Ketegangan berlaku menjelang satu keputusan laporan minggu ini terhadap program nuklear Iran oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di mana diplomat percaya ia akan menumpukan kepada dakwaan terhadap republik Islam itu memasang bahan nuklear dalam kepala peledak dan membangunkan program peluru berpandu. Presiden Mahmoud Ahmadinejad dalam satu temu bual dengan akhbar Mesir, Al-Akhbar disiarkan semalam memberi amaran terhadap serangan tentera Iran dan sekali lagi menegaskan program nuklear Tehran adalah hanya untuk tujuan keamanan.

"Keupayaan Iran semakin meningkat dan semakin berkembang dan untuk sebab itu ia mampu untuk bersaing dengan dunia. Kini Israel dan Barat terutama Amerika Syarikat, bimbang keupayaan Iran dan peranannya," kata Ahamdinejad kepada akhbar harian itu.

"Sebab itu, mereka cuba untuk mendapatkan sokongan antarabangsa bagi satu operasi tentera untuk menghentikan peranan (Iran). Mereka perlu tahu bahawa Iran tidak akan membenarkan mereka mengambil sebarang tindakan terhadap kami," katanya.

Ahmadinejad menambah bahawa Washington mahu menyelamatkan entiti Zionis tetapi ia tidak mampu untuk melakukannya.
"Entiti ini (Israel) boleh dibandingkan dengan satu pemindahan buah pinggang dalam satu tubuh yang menolaknya. Ya, ia akan runtuh dan penamatnya semakin hampir," katanya.

Serangan mulut Ahmadinejad terhadap Israel, gerbang musuh Iran, dibuat selepas Presiden Israel Shimon Peres memberi amaran dalam satu temubual televisyen pada hari Sabtu bahawa serangan ke atas Iran berkemungkinan besar akan dilakukan. Ia berikutan satu komen yang disiarkan pada hari Ahad oleh itu akhbar harian Israel, Hayom yang menyatakan: "Kemungkinan satu serangan ketenteraan terhadap Iran kini semakin hampir berbanding pilihan diplomatik."

"Kita perlu terus tenang dan menolak tekanan supaya kita boleh memikirkan setiap alternatif," kata Peres.

Merujuk kepada komen Peres, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov memberi amaran di Moscow dan menentang serangan tentera terhadap Iran.

"Campur tangan tentera hanya akan membawa kepada meningkatnya kematian dan kesengsaraan manusia. Jika dilakukan, ia adalah satu kesilapan besar," kata Lavrov. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiga maut banjir di Perancis

Posted: 07 Nov 2011 12:28 PM PST

Dunia

SEORANG lelaki berdiri berhampiran trak bomba yang rosak dan terbalik akibat banjir, di selatan Perancis semalam. - Foto AFP

SEORANG lelaki berdiri berhampiran trak bomba yang rosak dan terbalik akibat banjir, di selatan Perancis semalam. - Foto AFP

PARIS: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 600 lagi cedera akibat hujan lebat dan banjir di selatan Perancis hujung minggu ini, manakala berpuluh-puluh wilayah lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Sungai melimpah membanjiri jalan dan kediaman menyebabkan penduduk terperangkap. Imej televisyen menunjukkan kereta tenggelam di sepanjang jalan.

Laporan menyatakan sepasang suami isteri masing-masing berusia 71 tahun di pekan pantai tenggara Bagnols en Foret terbunuh malam Sabtu berikutan keracunan karbon monoksida ketika cuba mengeluarkan air dari bilik bawah tanah mereka, kata polis. Polis berkata pihaknya menemui mayat lelaki gelandangan yang dihanyutkan banjir dari perkhemahan di Herault selatan negara itu.

Bomba membantu menyelamatkan 1,200 orang daripada ribut manakala helikopter menyelamatkan 30 penduduk di kawasan lain.

Amaran jingga, amaran kedua tertinggi cuaca selepas merah masih berkuat kuasa di 12 wilayah selatan kelmarin berkurang daripada 16 wilayah pada Sabtu.

Wilayah terjejas di kawasan rendah berdekatan Pyrenees di barat daya di mana hujan berterusan sehingga semalam dan membanjiri pergunungan Alps. – Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan