Isnin, 7 November 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Berasak dapatkan daging korban

Posted:

Berasak dapatkan daging korban

Berasak dapatkan daging korban

Reuters - SEORANG kanak-kanak dibawa keluar oleh anggota keselamatan ekoran sekumpulan orang berasak-asak untuk mendapatkan daging korban di Agensi Audit Tertinggi di Jakarta semalam.


JAKARTA - Sejumlah penduduk sanggup berasak-asak untuk mendapatkan daging korban yang diberikan secara percuma sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha di sini semalam.

Beberapa anggota pihak berkuasa mengawal sejumlah penduduk yang mengerumuni pintu pejabat Agensi Audit Tertinggi untuk menerima daging percuma.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memberikan sumbangan 1.2 tan lembu selepas solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Istiqlal di sini.

Sebanyak 60 ekor lembu dan 27 kambing disembelih manakala dagingnya diagihkan kepada 10,000 orang.

Hari Raya Aidiladha disambut oleh seluruh penduduk Muslim di dunia.

Sambutan itu diadakan sempena peristiwa Nabi Ibrahim yang sanggup mengikut perintah Tuhan mengorbankan anaknya, Nabi Ismail.

Namun, tempat Nabi Ismail itu kemudian ditukarkan dengan seekor kibas oleh Tuhan.


Reuters - SEORANG anggota keselamatan diasak oleh salah seorang penduduk yang berasak-asak untuk mendapatkan daging korban di Agensi Audit Tertinggi di Jakarta semalam.


Penduduk di Libya turut meraikan Hari Raya Aidiladha semalam walaupun harga barang melonjak tinggi selepas kebangkitan rakyat menentang kepimpinan Muammar Gaddafi.

Gaddafi mati ditembak pada 20 Oktober lalu.

Di Syria, sejumlah penduduk berhimpun selepas solat Hari Raya Aidiladha pagi semalam bagi menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Seramai 3,000 orang terbunuh di negara itu sejak kebangkitan rakyat menentang kepimpinannya pada Mac lalu.

Namun, Bashar menghadiri solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Nur di bandar Raqqa.

Di Bandar Gaza, ketua pentadbiran Hamas di Tebing Barat, menyampaikan ucapan di Masjid Palestin sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

"Ini merupakan hari besar untuk kebebasan di Mesir dan Tunisia serta Libya dan semua orang yang menang menentang kezaliman. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Jemaah haji melontar jamrah

Posted:

Jemaah haji melontar jamrah

Jemaah haji melontar jamrah


AFP
BENTUK struktur batu yang menjadi sasaran lontaran batu para jemaah haji di Mina, dekat Mekah semalam.


MINA, Arab Saudi - Berjuta-juta jemaah haji semalam melontar jamrah pada hari kedua ibadat haji di sini semalam.

Melontar jamrah akan dilakukan selama dua hari lagi dengan setiap jemaah perlu melontar batu di tiga buah jamrah.

Setiap jemaah perlu melontar 21 butir batu di tiga struktur batu setinggi 25 meter.


AP
SEJUMLAH besar jemaah melalui laluan untuk melontar jamrah di Mina, dekat Mekah semalam.


Melontar jamrah dilakukan bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim melontar batu ke arah syaitan yang muncul tiga kali untuk mempengaruhinya.

"Ia memberi kekuatan moral. Kini saya berasa seperti sudah menewaskan syaitan," kata seorang jemaah yang melontar jamrah, Mohktar Khan berusia 29 tahun.

Dia tiba di lokasi melontar jamrah itu bersama puluhan jemaah dari Bangladesh yang melaungkan Allahuakbar.


AP
SEORANG jemaah wanita dibantu oleh seorang anggota polis unit khas selepas dia melontar jamrah di Mina, dekat Mekah semalam.


Seorang lagi jemaah haji, Mohammed Husseinnin yang berusia 25 tahun berkata, dia akan berasa menang jika dapat melontar batu ke arah syaitan yang merupakan musuh utamanya.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyediakan laluan pejalan kaki bertingkat sebagai usaha untuk mengelak kejadian rempuhan yang menyebabkan 364 orang mati pada 2006, 251 jemaah pada 2004 dan 1,426 lagi pada 1990.

Seorang lagi jemaah, Dina Mohammed Ramadhan berusia 27 tahun dari Mesir menyatakan perasaan bersyukurnya kerana dapat mengerjakan ibadat haji.

Suaminya menolak kereta sorong bayi yang membawa dua anak mereka dalam kumpulan jemaah.

Musim haji itu berlangsung selama lima hari. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir hampiri bahagian tengah bandar raya Bangkok

Posted:

Banjir hampiri bahagian tengah bandar raya Bangkok

Banjir hampiri bahagian tengah bandar raya Bangkok

BANGKOK - Masyarakat Islam Thai menyambut Aidiladha semalam ketika timbul kebimbangan bahawa banjir terburuk dalam lima dekad akan menuju ke bahagian tengah bandar raya ini.

Seluruh penduduk di tiga lagi daerah di wilayah Bangkok - Chactuchak (Bangkok Utara), Nong Khaem dan Phasicharoen (Bangkok Barat) diarah berpindah memandangkan air banjir semakin naik.

Sebelum ini, pemindahan besar-besaran seumpamanya dijalankan di ibu negara ini di daerah-daerah Don Mueang, Bang Phlad, Sai Mai, Thawi Wattana, Lak Si, Taling Chan, Bang Khen dan Bang Khae.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra semalam mengarahkan pemindahan penduduk di beberapa kawasan di daerah Min Buri dan Nong Chok di bahagian timur Bangkok. Pasar hujung minggu Chatuchak, paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang menempatkan 10,000 kedai dan menjana perolehan 10 bilion Baht (kira-kira RM1 bilion) setahun dibuka semula semalam sekalipun kawasan-kawasan sekelilingnya masih banjir.

Bilangan pelawat merosot teruk walaupun kereta api landasan bertingkat dan subway terus beroperasi.

Limpahan air banjir semakin mendekati bahagian tengah Bangkok ketika kebanyakan daerah sekitarnya di bahagian utara, barat dan timur Bangkok diliputi banjir.

Masyarakat Islam di wilayah-wilayah Nakhon Sawan dan Ayutthaya dapat melakukan korban haiwan sempena sambutan Aidiladha ekoran banjir yang surut.

Kira-kira satu pertiga negara ini masih digenangi air, dengan lebih 3 juta penduduk di 25 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda negara ini sejak 25 Julai. Jumlah kematian meningkat ke 506 semalam. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan