Khamis, 24 November 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Wanita ketagih bibir tebal

Posted: 23 Nov 2011 09:00 AM PST

ST PETERSBURG: Seorang wanita Kristina Rei yang tidak suka memiliki bibir nipis membelanjakan 4,000 pound (RM20,000) untuk suntikan bibir.

Bagaimanapun, dia masih tidak berpuas hati dengan suntikan itu. Wanita berusia 22 tahun itu percaya bibirnya kelihatan hodoh dan dia cemburu dengan bentuk bibir penuh yang dimiliki kakaknya.


Kristina yang juga seorang juruteknik kemudian melakukan 100 kali suntikan silikon bagi membolehkan dia memperoleh bibir yang tebal dan muncung.

Kristina yang mengagumi karakter kartun Jessica Rabbit berkata: "Saya rasa saya nampak hebat.


"Saya sukakan bibir tebal Jessica Rabbit. Pada pandangan saya, dia adalah wanita sempurna," katanya.


Kristina yang mengakui ketagih dengan suntikan itu kini ingin bibir yang lebih muncung, telinga dan hidung yang runcing dan payu dara lebih besar.

Kristina berkata: "Ia membuatkan saya gembira. Kadangkala orang lain mengejek saya mempunyai bibir tebal tetapi saya tidak hiraukannya.


"Saya inginkan sesuatu yang ekstrim. Saya mahu kelihatan seperti karakter kartun. Saya sudah ketagih dan saya sukakannya. "Beberapa rakan memberitahu saya tidak patut menyuntik bibir menjadi lebih tebal dan besar tetapi saya belum berpuas hati.

"Saya belum memutuskan berapa besar yang saya inginkan, tetapi setakat ini, ia masih kecil," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis tahan 2 suspek kes rompakan bersenjata melalui aplikasi iPhone

Posted: 23 Nov 2011 08:58 AM PST

LOS ANGELES: Polis California yang menyiasat kes rompakan bersenjata menahan dua suspek menggunakan aplikasi "Cari Telefon Saya' di iPhone milik mangsa untuk mengesan lokasi alat itu, kata jurucakap polis, semalam.

Menurut Norma Eisenman dari Jabatan Polis Los Angeles, mangsa memberitahu seorang lelaki bersenjata pistol mengambil dompet dan iPhone miliknya yang mempunyai aplikasi pencarian itu.


Polis menjejaki kawasan itu kira-kira 6.5 kilometer dari lokasi jenayah dan kemudian mengesan suspek.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan