Berita Harian: Dunia |
Posted: 24 Nov 2011 03:21 PM PST Dunia ULAMA Al-Azhar turut sama dalam tunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Mesir, Rabu lalu. - Foto EPA KAHERAH: Pemerintah tentera Mesir semalam mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas kematian penunjuk perasaan akibat tindakan keras polis ketika bantahan menuntut penyerahan kuasa segera kepada orang awam memasuki hari ketujuh. Sekurang-kurangnya 35 penunjuk perasaan terbunuh sejak Sabtu lalu, apabila pertempuran meletus manakala lebih 2,000 lagi cedera. Perkembangan itu mewujudkan kebimbangan Barat yang mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya badan siasatan bebas ditubuhkan untuk menyiasat penggunaan kekerasan melampau. Penunjuk perasaan sekali lagi berkumpul di Dataran Tahrir, pusat perhimpunan bersejarah selama 18 hari yang menyaksikan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak, Februari lalu, untuk menuntut kepemimpinan tentera segera meletak jawatan.Bantahan besar-besaran, yang gagal disekat tentera dilihat bakal membayangi pilihan raya Parlimen pertama selepas pemerintahan Mubarak yang dijangka bermula Isnin ini. "Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF) meluahkan kekesalan dan memohon maaf di atas kematian rakyat Mesir yang setia ketika kejadian di Dataran Tahrir baru-baru ini. Majlis juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa di seluruh negara," kata majlis itu dalam satu kenyataan di Facebook. Kenyataan dikeluarkan selepas ucapan Pengerusi SCAF, Marshal Hussein Tantawi, Selasa lalu yang bertujuan menenangkan penunjuk perasaan di dataran itu, tetapi dikritik hebat kerana tidak menyebut mengenai kematian mangsa di tangan polis.
Aktivis berkata, pertempuran berterusan sehingga malam di Jalan Mohammed Mahmud yang menghubungkan Kementerian Dalam Negeri dengan dataran itu. Berpuluh-puluh khemah turut didirikan. Penulis pojok, Mona al-Tahawy ditahan tengah malam kelmarin selepas menyertai bantahan mendesak perubahan demokratik. Kiriman akhirnya di akaun Twitter menyebut dia dipukul dan ditahan di Kementerian Dalam Negeri. 'Dataran menggelegak', tajuk muka depan akhbar, Al-Akhbar manakala akhbar, Al-Ahram menyiarkan kata-kata 'pertumpahan darah baru' pada halaman depannya. Kematian penunjuk perasaan turut mengundang kenyataan keras Al-Azhar, institusi Islam Sunnah tertinggi yang menggesa polis tidak menembak ke arah orang ramai.
|
Penyerang tampar menteri India Posted: 24 Nov 2011 03:20 PM PST Dunia NEW DELHI: Seorang penunjuk perasan menampar pipi Menteri Pertanian India, Sharad Pawar yang juga Presiden Majlis Kriket Antarabangsa semalam dalam protes terhadap rasuah.Penyerang yang dikenali sebagai Harvinder Singh, menampar pipi Pawar sebelum ditarik kakitangan keselamatan. Dia kemudian mengacu sebilah pisau kecil sambil memaki menteri itu yang tidak mengalami kecederaan. "Kamu semua penyeleweng, rakyat sudah tidak tahan," kata Harvinder yang menambah Kerajaan India perlu melaksanakan undang-undang tegas terhadap amalan rasuah yang masih dipertimbangkan penggubal undang-undang. Harvinder sebelum itu memberitahu wartawan bahawa dia cuba menumbuk bekas menteri telekom, Sukh Ram yang didapati bersalah kerana menerima rasuah pada 1996 dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.Pawar bagaimanapun menganggap kejadian itu sebagai 'perkara kecil'. – AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan