Khamis, 24 November 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Lagi kematian di Kaherah

Posted:

Lagi kematian di Kaherah

Lagi kematian di Kaherah

SEJUMLAH penunjuk perasaan antipemerintahan tentera berlari ketika bertempur dengan anggota-anggota polis di Kaherah semalam.


KAHERAH - Tiga orang lagi mati di Kaherah semalam, kata seorang anggota perubatan ketika keganasan yang telah meragut nyawa puluhan penduduk berterusan pada hari kelima walaupun pihak tentera yang memerintah buat sementara berjanji mempercepatkan peralihan ke arah demokrasi.

Beberapa pertempuran dengan pihak berkuasa keselamatan berlaku di Jalan Mohammed Mahmud dekat Dataran Tahrir di sini yang merupakan lokasi ribuan penunjuk perasaan berhimpun bagi menuntut pemerintahan tentera ditamatkan dengan segera selepas berkuasa ekoran peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden pada Februari lalu.

Anggota-anggota polis pencegah rusuhan melakukan sekatan di jalan itu, melepaskan gas pemedih mata dan tembakan amaran ke arah para penunjuk perasaan.

Seorang doktor di hospital terbuka di Omar Makram berkata, tiga orang terbunuh dalam keganasan terbaharu melibatkan anggota-anggota keselamatan yang berdepan dengan para penunjuk perasaan yang membaling batu dan bom petrol.

"Ia seperti peluru hidup tetapi saya tidak berpeluang untuk memeriksa sebelum (tiga mayat itu) dibawa ke hospital," katanya.

Seorang budak berusia 10 tahun merupakan antara mangsa terbaharu yang terkena tembakan, kata seorang paderi, Fawzi Abdel Wahid.

Menurut agensi berita Mena, seramai 32 orang telah mati sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Sabtu lalu. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Taylor Swift dedah punca dia mendapat nama

Posted:

Taylor Swift dedah punca dia mendapat nama

Taylor Swift dedah punca dia mendapat nama


TAYLOR SWIFT memegang tangan penyanyi James Taylor dalam konsert Speak Now World Tour di Madison Square Garden di New York kelmarin.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi terkenal, Taylor Swift menutup tirai konsert jelajah Speak Now World Tour bersama sahabat karibnya dan seorang penyanyi, James Taylor.

Penyanyi berusia 21 tahun itu turut mengundang penyanyi terkenal yang juga kekasih penyanyi Justin Bieber, Selena Gomez ke konsertnya di stadium Madison Square Garden di sini kelmarin.

Swift berkata, ibu bapanya memberinya nama sempena nama penyanyi James Taylor itu.

Dia kemudian menyanyikan lagu popular Fire and Rain secara duet dengan James.

Taylor turut memetik gitar semasa Swift menyanyikan lagunya, Fifteen.

Terdahulu, Gomez menyertai penyanyi irama country dengan kedua-duanya berduet menyampaikan lagu popular Gomez, Who Says.

Konsert Swift sebelum ini menampilkan beberapa tetamu undangan termasuk Nicki Minaj, Usher, T.I. dan Jason Mraz. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Clooney, Ronaldo jadi saksi kes pelacur

Posted:

Clooney, Ronaldo jadi saksi kes pelacur

Clooney, Ronaldo jadi saksi kes pelacur

MILAN - Sebuah mahkamah Itali semalam memutuskan bahawa aktor George Clooney dan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo boleh dipanggil untuk menjadi saksi dalam kes bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur bawah umur.

Para peguam Berlusconi mahu Clooney dan Ronaldo membantu bekas perdana menteri itu berdepan dakwaan membuat pembayaran untuk melakukan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 17 tahun.

Bekas perdana menteri itu juga didakwa menggunakan kuasanya bagi membebaskan gadis tersebut daripada tahanan polis.

Ronaldo dan Clooney merupakan antara 78 saksi termasuk beberapa bekas menteri dan seorang penyanyi yang dipanggil sebagai saksi pembelaan, kata seorang pegawai mahkamah.

Pihak pendakwa raya memanggil 136 saksi termasuk gadis yang menjadi tumpuan kes tersebut, Karima El Mahroug yang didakwa dilanggan Berlusconi.

Petikan satu soal siasat yang bocor yang disiarkan akhbar-akhbar Itali melaporkan bahawa Karima menyatakan pesta anjuran Berlusconi itu sebagai parti bunga-bunga.

Berlusconi berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika disabitkan kesalahan melanggan pelacur bawah umur dan 12 tahun lagi kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk membebaskan Karima. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan