Isnin, 14 November 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Tuntutan China tingkat konflik

Posted: 14 Nov 2011 02:25 PM PST

Dunia

PEMANDANGAN di Pagasa   satu daripada 190 pulau kecil di  Spratly yang menjadi rebutan.

PEMANDANGAN di Pagasa satu daripada 190 pulau kecil di Spratly yang menjadi rebutan.

Filipina tolak permintaan Beijing dakwa kepulauan dalam perairan Manila

MANILA: China menuntut wilayah baru kurang 80 kilometer dari sebuah wilayah di Filipina, sekali gus meningkatkan tekanan di kawasan yang dipercayai kaya dengan sumber di Laut China Selatan itu, tetapi Filipina menolak tuntutan berkenaan.

Setiausaha Rendah Tenaga negara itu, Jose Layug Jr memberitahu Associated Press bahawa China membantah rancangan Filipina untuk mencari gali gas dan minyak di kawasan itu pada Julai lalu. Ia adalah kawasan paling hampir dalam perairan kepulauan Filipina di mana China menuntut wilayah yang menjadi pertikaian itu. Beijing semakin agresif dalam membuat tuntutan berikutan ekonomi dan kedudukan tenteranya semakin kukuh. Tuntutan terbarunya itu mungkin bertujuan memperkukuhkan penyelesaian Filipina bagi mendapatkan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pertikaian jangka panjang itu yang membabitkan China, Filipina dan empat negara lain.

Antara kawasan yang menjadi tuntutan ialah Spratly, satu rangkaian dengan lebih 190 pulau, terumbu karang dan pulau yang dipercayai berada di kawasan gas semula jadi dan minyak, yang dibimbangi boleh menjadi konflik terbaru Asia masa depan.

Isu itu dijangka dibincangkan pada Rabu bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton yang bakal melawat Filipina.

"Kedua-dua kawasan baru itu dituntut China bukan sebahagian dari Spratly," kata Layug.
Kedutaan China menghantar satu bantahan kepada Kerajaan Filipina pada 4 Julai selepas Manila mengundang syarikat asing dalam usaha untuk mendapatkan hak bagi mencari gali minyak dan gas di 15 kawasan. Pihak berkuasa China menentang campur tangan kawasan 3 dan 4 di barat laut wilayah Palawan, mendakwa bahawa ia berada dalam kedaulatan China yang bukan menjadi pertikaian, kata satu laporan Kerajaan Filipina.

Wilayah Palawan, kira-kira 820 kilometer ke barat laut Manila, menghadap Laut China Selatan yang dituntut China.

China meminta Filipina membatalkan cari gali minyak di dua kawasan terbabit, kira-kira 79 kilometer ke Barat luat Palawan.

Layug berkata, bahawa Kerajaan Filipina memberitahu China bahawa kawasan itu berada dalam perairan Filipina.

"Kawasan terbabit yang kami cuba dapatkan adalah dalam wilayah Filipina," kata Layug. "Tiada keraguan mengenainya."

Kedua-dua kawasan itu lebih 800 kilometer dari kawasan pantai paling hampir dengan China, kata Layug.

Kira-kira 50 pelabur asing, termasuk sebilangan dari syarikat terbesar minyak dunia menyatakan minat untuk mencari gali minyak dan gas di Filipina, separuh daripada mereka adalah di kawasan baru yang dituntut China, kerana petanda yang kukuh bahawa ada minyak di sana, katanya.

Tiada syarikat asing terbabit melahirkan kebimbangan mengenai pertikaian wilayah itu, katanya.

"Pastinya isu mereka adalah untuk memastikan keselamatan dan sokongan Kerajaan Filipina apabila mereka diberikan kontrak," katanya. – AP

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir di Thailand surut, 562 maut

Posted: 14 Nov 2011 02:23 PM PST

Dunia

PERDANA Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengagihkan bantuan makanan    kepada penduduk sekitar Bangkok, semalam.

PERDANA Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk sekitar Bangkok, semalam.

BANGKOK: Ibu negara Thailand, Bangkok kelihatan sudah mulai surut daripada banjir yang melanda beberapa wilayah dan sekitarnya di utara, tetapi arahan berpindah masih dikeluarkan setiap hari di daerah luar manakala penduduk masih lagi berhadapan dengan minggu-minggu yang sukar.

Jabatan Saliran dan Pencegahan Bencana semalam berkata, seramai 562 penduduk maut dalam banjir yang melanda sejak Julai lalu dan sejumlah 22 daripada 77 wilayah di Thailand masih lagi terjejas.

Banjir mulai surut di beberapa bahagian di Bangkok, tetapi disifatkan masih lagi tinggi di tebing barat sungai Chao Phraya, yang mengalami air pasang besar di Teluk Thailand serta di timur ibu negara itu di mana pihak berkuasa mengalihkan aliran banjir dari utara untuk melindungi kawasan tengah Bangkok daripada tenggelam. – Reuters/AP/Agensi
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan