Kosmo Online - Dunia |
- Jacko peroleh pendapatan tertinggi selepas meninggal dunia
- Penduduk lari banjir merebak di Bangkok
- Obama kurang senang layanan buruk ke atas mayat Gaddafi
Jacko peroleh pendapatan tertinggi selepas meninggal dunia Posted: Jacko peroleh pendapatan tertinggi selepas meninggal dunia
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Selama dua tahun berturut-turut, Michael Jackson kekal sebagai artis yang telah meninggal dunia tetapi memperoleh pendapatan tertinggi di dunia, menurut senarai majalah Forbes melibatkan barisan selebriti yang terus popular walaupun selepas mereka meninggal dunia. Menghembuskan nafas terakhir dua tahun lepas ketika berusia 50 tahun, Raja Pop memperoleh pendapatan AS$170 juta (RM531.4 juta) sepanjang 12 bulan lalu sekali gus mengatasi bintang-bintang pop lain sama ada yang masih hidup atau telah mati kecuali kumpulan rock dari Ireland, U2. Tempat kedua pula menjadi milik penyanyi legenda, Elvis Presley dengan pendapatan AS$55 juta (RM171.9 juta) melalui hasil jualan buku lagunya selain pengunaan lagu-lagunya oleh Cirque de Soleil dalam pementasan di Las Vegas. Aktres simbol seks Marilyn Monroe meraih pendapatan AS$27 juta (RM84.4 juta) sejak setahun lalu untuk menduduki tempat ketiga senarai berkenaan. Pencipta kartun Peanuts, Charles Schulz pula berada di tangga keempat manakala legenda kumpulan Beatles, John Lennon terikat dengan aktres Elizabeth Taylor di tempat kelima. Lennon dan Taylor masing-masing memperoleh pendapatan AS$12 juta (RM37.5 juta) sepanjang tahun lalu. - AFP Full content generated by Get Full RSS. | |
Penduduk lari banjir merebak di Bangkok Posted: Penduduk lari banjir merebak di BangkokBEBERAPA pelancong berjalan di sebuah kawasan yang BANGKOK - Banjir melimpah ke kawasan baharu di Bangkok semalam manakala beberapa buah kedai mula membuat catuan makanan. Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra memberi amaran bahawa sebahagian tempat di ibu kota ini akan dilimpahi dengan banjir selama sebulan. Penduduk di Bang Phlad, daerah di tepi sungai di utara Bangkok diminta berpindah dengan segera oleh pihak berkuasa. "Selepas membuat penilaian, kami menjangkakan banjir akan kekal di Bangkok selama kira-kira dua minggu hingga sebulan sebelum ia mengalir ke laut," kata Yingluck kepada pemberita. "Namun, kita tidak berdepan dengan banjir setinggi dua hingga tiga meter selama dua atau tiga bulan seperti yang berlaku di lain-lain wilayah," tambahnya. Banjir paling teruk dalam tempoh setengah abad itu telah menyebabkan 366 orang maut sejak pertengahan Julai lepas selain menjejaskan kehidupan 2.5 juta orang. Seramai 113,000 orang ditempatkan di pusat perlindungan manakala 720,000 lagi memperoleh rawatan perubatan. Penduduk Bangkok bergegas untuk menyimpan makanan tetapi air botol tidak lagi dilihat di kedai-kedai. SEORANG penunggang motosikal membeli telur yang dijual dari sebuah trak di sebuah kawasan yang dilanda banjir di Bangkok semalam. Sejumlah kedai mengehadkan pelanggan untuk membeli barangan bagi mengelak perbuatan menyorok. Menurut Pengarah Pusat perubahan Cuaca dan Bencana Universiti Rangsit, Seri Supharatid, semua kawasan Bangkok akan dilanda banjir jika semua daik pecah. Kelmarin, Lapangan Terbang Don Mueang dilanda banjir dan semalam ia masih belum surut. Tiga wilayah utara Bangkok dilanda banjir sejak Sabtu lalu. Ketika panik berlaku dalam kalangan penduduk, Pasar Raya Big C Supercentre Pcl mengehadkan pembeli membeli cuma satu paket beras dan satu papan telur. Di beberapa kawasan, orang ramai mengadu mengenai kemerosotan kualiti air paip. Sementara itu di Singapura, pemerintah negara itu meminta rakyatnya meninggalkan Bangkok dengan segera ekoran air sungai di ibu kota berkenaan telah melimpah. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Obama kurang senang layanan buruk ke atas mayat Gaddafi Posted: Obama kurang senang layanan buruk ke atas mayat GaddafiLOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama (gambar) kelmarin memberi ulasan mengenai kematian berdarah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dengan menyatakan orang mati wajar dilayan dengan sopan walaupun ketika hidupnya dia telah melakukan perkara-perkara yang buruk. Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di gurun Sahara kelmarin, lima hari selepas dia ditangkap, dibunuh dengan jenazahnya dijadikan pameran. Beberapa klip video menunjukkan bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu dicaci, dipukul dan didera sebelum dia meninggal dunia. "Layanan terhadap Gaddafi dan jenazahnya bukan sesuatu yang menggembirakan kita," kata Obama ketika ditanya mengenai perasaannya berhubung penyiaran klip-klip video terbabit dalam rancangan bual bicara Tonight Show terbitan NBC yang dihoskan oleh Jay Leno. "Saya fikir anda perlu melayan orang mati dengan tertib walaupun dia melakukan perkara yang teruk semasa hidupnya," tambah Obama. Obama memberitahu, pentadbirannya tidak menyiarkan satu pun gambar bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati ditembak komando AS pada Mei lalu. - Reuters Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan