Harian Metro: Global |
Posted: 26 Oct 2011 09:06 AM PDT MUMBAI: Rumah paling mahal di dunia kini terbiar kosong selepas pemiliknya enggan berpindah ke situ kerana takut ditimpa bala. Bangunan 27 tingkat itu - dinamakan Antilia - adalah milik orang paling kaya di India dan tokoh kesembilan terkaya di dunia, Mukesh Ambani, dengan nilai kekayaan RM84.5 bilion.
Bagaimanapun, pelbagai spekulasi tersebar selepas Mukesh, isteri, Nita dan dua anak mereka tidak berpindah ke situ hingga kini.
Walaupun begitu, bangunan itu pernah digunakan untuk tayangan filem dan majlis makan malam dikendalikan kakitangan terlatih dari rangkaian hotel mewah Oberoi.
"Dia enggan bermalam di Antilia," katanya.
|
Wanita bunuh 2 anak, suami, ibu tiri demi wang insurans Posted: 26 Oct 2011 09:04 AM PDT CHARLESTON (Carolina Selatan): Cubaan seorang ibu mendapatkan wang insurans dengan membunuh empat ahli keluarganya gagal, sebaliknya dia dihadapkan ke mahkamah, kata polis, semalam. Sebelum itu, Susan Hendricks, 48, memberitahu polis, seorang daripada anak lelakinya membunuh tiga ahli keluarga mereka.
Bagaimanapun, apabila polis pergi ke rumah Susan, siasatan dan bukti forensik mendapati Susan sebenarnya membohongi pihak berkuasa.
Pistol berkenaan ditemui pada Susan ketika dia ditahan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan