Kosmo Online - Dunia |
- Tangisan iringi Rain jalani khidmat negara
- Bekas PM Ukraine dipenjarakan tujuh tahun
- Steve Jobs mati kerana masalah pernafasan
Tangisan iringi Rain jalani khidmat negara Posted: Tangisan iringi Rain jalani khidmat negara
SEOUL - Ratusan peminat dari China, Jepun dan Malaysia menangis dan bersorak di luar bandar raya ini semalam bagi memgucapkan selamat jalan kepada penyanyi pop Korea Selatan, Rain yang menjalani perkhidmatan ketenteraan. Rain yang nama sebenarnya, Jung Ji-hoon merupakan sebahagian daripada gelombang drama Korea dan muzik yang melanda Asia sejak dekad lalu. Album ketiganya, It's Raining dijual satu juta unit di Asia selepas ia dikeluarkan pada 2004. DUA peminat menangis semasa berhimpun di luar sebuah pusat latihan tentera di Uijeongbu, utara Seoul semalam. - Agensi "Amat sedih kerana Rain akan pergi (menjalani perkhidmatan ketenteraan) selama dua tahun," kata seorang peminat dari Jepun, Sachiko yang datang ke Korea Selatan untuk menyaksikan konsert terakhir penyanyi tersebut dan menjadi saksi dia memasuki perkhidmatan ketenteraan. "Saya pasti, semua peminatnya di Jepun mahu berada di sini hari ini. "Justeru, kami mahu memastikan kami melihatnya pergi," tambahnya. Selain muzik, Rain membina kerjayanya dalam filem dan memulakan kariernya di Hollywood menerusi satu watak kecil dalam filem Speed Racer. Dia pernah menjadi pelakon utama dalam filem kedua Hollywoodnya, Ninja Assassin yang menyebabkan dia memenangi anugerah daripada MTV. RATUSAN peminat mengerumuni pintu masuk sebuah pusat latihan tentera di Uijeongbu, utara Seoul untuk melihat Rain semalam. - Agensi Rain yang merupakan pemenang undian majalah Time pada 2006, 2007 dan 2011 akan menjalani perkhidmatan kerahan tentera selama 21 bulan dalam pasukan tentera Korea Selatan. "Terima kasih kerana menyayangi saya dengan amat sepenuhnya sejak 10 tahun lalu. "Selamat jalan dan saya akan kembali," kata Rain kepada para peminatnya. Penyanyi itu yang dikenali ramai dalam drama Secret Garden menarik perhatian ribuan peminatnya apabila dia menandatangani perkhidmatan ketenteraan pada tahun ini. Penyanyi berusia 28 tahun itu ditempatkan di sebuah pulau di sempadan Korea Utara yang tegang yang secara teknikalnya berperang dengan Korea Selatan selepas Perang Korea tamat pada 1953 dengan satu perjanjian gencatan senjata.- Reuters Full content generated by Get Full RSS. | |
Bekas PM Ukraine dipenjarakan tujuh tahun Posted: Bekas PM Ukraine dipenjarakan tujuh tahun Reuters KIEV - Bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko semalam dihukum penjara tujuh tahun berhubung satu urusan perjanjian gas pada 2009. Hakim sebuah mahkamah di sini, Rodion Kireyev menyatakan kontrak perjanjian untuk import gas dari Rusia yang ditandatangani pada 2009 telah menyebabkan kerugian besar buat Ukraine. Menurut hakim itu, bekas Perdana Menteri itu menyebabkan kerugian kepada syarikat gas negara sebanyak AS$190 juta (RM597.07 juta) kerana menandatangani kontrak pengimportan gas dengan Rusia. Pihak pendakwa raya mendakwa Tymoshenko melanggar prosedur undang-undang dengan menandatangani kontrak tersebut. "Mahkamah memutuskan bahawa Y.V Tymoshenko berhasrat untuk menggunakan kuasanya untuk tujuan jenayah," katanya dalam penghakimannya. "Pihak mahkamah mendapati dia bersalah dan menghukumnya tujuh tahun penjara," kata hakim tersebut. Tymoshenko yang terkenal dengan rambut perang yang berpintal di kepalanya menjerit kepada penyokongnya dalam kamar mahkamah: "Kebanggaan Buat Ukaraine." Dia juga berkata: "Kami akan berjuang untuk mempertahankan nama baik saya di mahkamah Eropah. Hari ini mahkamah menunjukkan bahawa sistem keadilan telah dihancurkan. Berjuang, mari bersama-sama, jadi kuat. Seramai seribu orang yang merupakan penyokong bekas Perdana Menteri itu berhimpun selepas keputusan itu dibuat hakim. Anggota-anggota polis pencegah rusuhan terpaksa menghalang tunjuk perasaan para penyokong Tymoshenko yang cuba membuat sekatan di sebatang jalan raya, kata seorang jurucakap polis. Menurutnya, seramai 12 penunjuk perasaan ditahan pada tengah hari semalam. - Agensi Full content generated by Get Full RSS. | |
Steve Jobs mati kerana masalah pernafasan Posted: Steve Jobs mati kerana masalah pernafasanSAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Punca rasmi kematian pengasas bersama firma Apple Corp., Steve Jobs (gambar) didedahkan kepada umum kelmarin. Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis peringatan persendirian dirancang diadakan di ibu pejabat firma berkenaan di Lembah Silikon khusus untuk kakitangan Apple Corp. Satu salinan sijil mati Jobs yang didedahkan kepada umum kelmarin menyatakan bahasa pengasas bersama Apple itu meninggal dunia kerana masalah pernafasan akibat kanser pankreas yang dihidapinya merebak pada organ-organ lain. Beberapa pegawai kesihatan tempatan dilaporkan mengesahkan bahawa Jobs berada di rumahnya di bandar Palo Alto, California Utara pada 5 Oktober lalu apabila pernafasannya terhenti disebabkan tumor kanser dalam pankreasnya. Menurut petikan beberapa dokumen di internet, tiada prosedur autopsi dilakukan dengan Jobs dikebumikan pada Jumaat lalu di sebuah tanah perkuburan tempatan. Pekerjaan Jobs dicatat oleh koroner dalam kertas laporannya sebagai usahawan. Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas bergelut dengan penyakit kanser yang dihidapinya selama beberapa tahun. - AFP Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan