Harian Metro: Global |
Posted: 08 Oct 2011 07:21 AM PDT LOS ANGELES: Doktor peribadi Michael Jackson memberitahu polis, dia meninggalkan penyanyi 'Thriller' kira-kira dua minit selepas memberinya anestetik propofol untuk tidur dan apabila kembali, dia dapati penyanyi itu sudah tidak bernafas. Dalam satu kenyataan yang dirakam pihak polis, dua hari selepas kematian Michael pada 25 Jun 2009, Dr Conrad Murray dengan tenang menceritakan bagaimana bintang pop itu meminta khidmatnya untuk membantu dia tidur dengan ubat propofol secara tetap dan berkata, Michael memanggil anestetik itu sebagai "milk". Rakaman selama dua jam itu diperdengarkan kepada awam tanpa dipotong buat pertama kali ketika sesi perbicaraan Murray atas tuduhan membunuh di Los Angeles, semalam. Kenyataan Murray itu bercanggah dengan bukti yang diberi oleh pihak pendakwaraya dalam perbicaraan yang telah berjalan selama dua minggu.
"Tolong, tolong beri saya 'milk' supaya saya boleh tidur," kata Murray memetik kata-kata Michael. "Agak lama saya perhatikan dia sehingga saya rasa yakin. Kemudian saya ke bilik air. "Apabila saya kembali ke katilnya, saya terperanjat kerana saya rasa dia sudah tidak bernafas lagi," katanya Murray kepada detektif. Pihak pendakwaraya memberi bukti rekod panggilan telefon yang menunjukkan beberapa panggilan dibuat antara jam 11.07 pagi dan sebelum tengahari, di mana waktu Murray mungkin tengokkan Michael sudah tidak bernafas. Murray yang diupah untuk menjaga Michael ketika penyanyi itu berlatih untuk konsert kembali semula, memberitahu polis Michael meminta dia memberikan propofol untuk membantunya tidur. - Reuters. |
Posted: 08 Oct 2011 07:18 AM PDT LONDON: Bekas anggota kumpulan Beatle, Paul McCartney berkahwin buat kali ketiga, hari ini. Penyanyi itu dan Nancy Shevell akan berkahwin dalam satu upacara sivil di London.
Akhbar The Dailly Mirror dan The Sun semalam melaporkan pasangan itu akan berkahwin di Pejabat Pendaftar Marylebone London dengan disaksikan oleh 30 tetamu. Ia merupakan tempat di mana McCartney mengahwini isteri pertamanya Linda pada tahun 1969 ketika Beatles di puncak populariti. Linda meninggal dunia akibat kanser buah dada pada 1998.
Sumber yang rapat dengan McCartney memberitahu, "Acara perkahwinan mereka tidak keterlaluan dan harmoni." - Reuters |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan