Selasa, 9 Ogos 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Penghuni menara Burj Khalifa berbuka lebih lewat

Posted: 08 Aug 2011 08:54 AM PDT

DUBAI: Umat Islam yang tinggal di dalam bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, terpaksa berpuasa lebih lama sepanjang Ramadan.

Ketua ulama Dubai, Mohammed al-Qubaisi, berkata penghuni yang berada di tingkat 80 dan ke atas bangunan itu perlu berbuka dua minit lebih lewat berbanding orang lain.


"Penghuni di tingkat 150 dan ke atas pula perlu berbuka lewat tiga minit," katanya.

Keadaan itu, kata Mohammed, berlaku kerana mereka melihat matahari lebih lama berbanding orang Islam yang ada di bawah.


"Keadaan mereka sama seperti dialami seseorang Muslim yang bermusafir menggunakan kapal terbang atau penghuni kawasan tanah tinggi.


Menara Burj Khalifa setinggi 828 meter dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 dan memiliki 160 tingkat yang boleh dihuni. - AN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ahli akrobat China berjalan antara dua belon

Posted: 08 Aug 2011 08:52 AM PDT

CHANGSHA (Hunan): Ahli akrobatik terkemuka China, Saimaiti Aishan, berjaya berjalan di atas tali sepanjang 15 meter yang diregangkan di antara dua belon panas di atas ketinggian 30.5 meter (100 kaki), semalam.

Lelaki keturunan Uighur berusia 27 tahun itu melakukan aksi ngeri berkenaan sebagai persediaan awal untuk cuba mencipta rekod baru dunia dengan berjalan di atas tali yang diikat pada belon panas pada ketinggian 198 meter (650 kaki).


Dalam percubaannya semalam, Saimaiti dilaporkan berdepan beberapa masalah, memaksanya duduk seketika di pertengahan laluan.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan Saimaiti mengatasi masalah pada kayu pengimbangnya.


Sebaik saja dia berjaya melintas, orang ramai yang berkumpul menyaksikan lagak ngeri itu memberikan tepukan gemuruh.


Orang ramai kemudian cemas apabila Saimaiti tergelincir sedikit ketika dia meraikan kejayaannya tiba di bakul belon panas berkenaan.

Ekoran kejayaan itu, Saimaiti cuba pula berjalan pada ketinggian 100 meter atau separuh daripada ketinggian akhir yang ingin dicubanya bagi membolehkan namanya dicatat dalam Guinness World Record untuk kali keempat. Bagaimanapun, Saimaiti yang digelar Putera Tali Regang itu gagal dalam percubaannya.


Menurut media, Saimaiti adalah generasi ketujuh daripada keluarga aksi lagak ngeri Uighur yang memang sering mempamerkan kebolehan akrobatik mereka dengan berjalan di atas tali. - MOL

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan