Kosmo Online - Dunia |
- Amy Winehouse mati kerana dadah
- Penduduk bantah cadangan jadikan Pulau Coney pantai bogel
- Kereta api laju China dipanah petir
Amy Winehouse mati kerana dadah Posted: mati kerana dadah Amy Winehouse |
Penduduk bantah cadangan jadikan Pulau Coney pantai bogel Posted: Penduduk bantah cadangan jadikan Pulau Coney pantai bogelNEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Penduduk bandar ini menolak cadangan untuk menjadikan sebahagian pantai Pulau Coney di sini sebagai pantai bogel, lapor sebuah akhbar semalam. Persatuan Rekreasi Bogel Amerika (AANR) sebelum ini mencadangkan supaya satu kawasan di pantai itu dijadikan tempat untuk para pengunjungnya berjemur sambil berbogel. Menurut AANR, usul tersebut dikemukakan selepas satu kaji selidik mendapati majoriti pengunjung di kawasan pantai berkenaan, bersebelahan Brooklyn, mahu berbogel. Namun, cadangan berkenaan ditolak oleh pihak berkuasa tempatan. "Pernahkah anda melihat orang ramai bersiar-siar di pantai ini (Pulau Coney). Saya tidak fikir mereka akan nampak cantik jika berbogel. Tubuh tanpa seurat benang tidak cantik," kata seorang pengunjung pantai berkenaan, Catherine Kalian. Seorang penduduk tempatan lain, Robyn Thompson turut tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang dianggap menjolok mata. "Terlalu ramai orang di pantai itu, juga terlalu ramai keluarga, saya tidak mahu melihat para pengunjung yang bersiar-siar sambil berbogel," katanya. Sebelum ini, pengunjung wanita di pantai berkenaan dibenarkan berjemur tanpa memakai coli. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Kereta api laju China dipanah petir Posted: Kereta api laju China dipanah petirSEBUAH gerabak kereta api condong di tepi landasan selepas terlibat dalam perlanggaran di Wenzhou, China. WENZHOU, China - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh apabila dua kereta api berkelajuan tinggi berlanggar di timur China kelmarin. Kemalangan tersebut yang turut mencederakan 210 penumpang merupakan nahas terburuk pernah melanda perkhidmatan kereta api China sejak 2008. Insiden itu berlaku apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah kereta api lain yang terhenti di atas sebuah jambatan dekat sini, sekitar 1,380 kilometer ke selatan ibu kota China, Beijing. Ketika kejadian, kereta api pertama kehilangan kuasa akibat dipanah petir sebelum ia dirempuh sebuah kereta api peluru yang bergerak di belakang kenderaan itu. Anggota-anggota pasukan penyelamat memasuki bangkai empat gerabak yang terjatuh ke bawah jambatan dalam usaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup. Menurut agensi berita Xinhua, pihak berkuasa China menghentikan 21 perjalanan kereta api selepas kemalangan tersebut berlaku yang turut mengorbankan dua warga asing. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan