Harian Metro: Global |
Posted: 24 Jul 2011 09:33 AM PDT SUNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu. Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.
Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa 'terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu' dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi'.
Dalam satu tulisan, dia menulis: "Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. "Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.
Halaman itu memetik ungkapan ahli falsafah seperti Machiavelli, Immanuel Kant dan John Stuart Mill.
|
Bapa terkejut selepas tahu anak bertanggungjawab membunuh Posted: 24 Jul 2011 09:26 AM PDT [unable to retrieve full-text content]OSLO: Bapa penyerang yang didakwa membunuh sekurang-kurangnya 92 orang di sini berkata, dia terkejut dan hanya mengetahui pembabitan anak lelakinya ketika membaca akhbar di Internet. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan