Kosmo Online - Dunia |
- Tentera Israel tawan bot Perancis
- ASEAN bimbang perang saraf China-Filipina
- Bilionair enggan bertanggungjawab
Tentera Israel tawan bot Perancis Posted: Tentera Israel tawan bot PerancisGAMBAR fail menunjukkan bot Dignity-Al Karama. BAITULMUQADDIS - Pasukan komando tentera laut Israel semalam menawan sebuah bot Perancis yang cuba memecahkan sekatan Israel ke atas Genting Gaza. Tiada penentangan dilaporkan berlaku dalam insiden berkenaan yang tercetus di perairan antarabangsa 65 kilometer dari Gaza. Pasukan komando Yahudi menaiki bot tersebut selepas 16 orang aktivis di atasnya tidak mengendahkan amaran supaya menukar laluan. Menurut tentera Israel, bot yang diberi nama Dignity-Al Karama itu akan dibawa ke pelabuhan Ashdod, selatan Israel.
Israel menguatkuasakan sekatan unilateral ke atas Gaza empat tahun lalu dengan alasan untuk menghalang penyeludupan senjata ke Gaza yang diperintah oleh pentadbiran Hamas. Pada tahun lalu, pasukan komando tentera laut Israel bertempur dengan sejumlah aktivis di atas sebuah kapal Turki yang cuba menuju ke Gaza dengan menyebabkan sembilan aktivis Turki terbunuh. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
ASEAN bimbang perang saraf China-Filipina Posted: ASEAN bimbang perang saraf China-FilipinaNUSA DUA, Indonesia - Menteri-menteri luar ASEAN semalam menyuarakan 'kebimbangan serius' berhubung perang saraf yang berlaku di antara China dan Filipina ke atas Kepulauan Spratly di Laut China Selatan. Terdapat beberapa insiden baru-baru ini yang melibatkan pihak yang menuntut terutamanya China di Laut China Selatan. Kepulauan itu dipercayai kaya dengan minyak dan gas selain menjadi laluan penting bagi perdagangan perkapalan global. China sebelum ini didakwa melepaskan tembakan ke atas nelayan Filipina, mengekori sebuah kapal minyak penerokaan milik firma Filipina dan membina struktur bangunan di kawasan-kawasan yang dituntut oleh Filipina. Dalam satu kenyataan menteri-menteri luar ASEAN, mereka mengakui wujudnya ketegangan melibatkan negara-negara yang membuat tuntutan bertindih. "Kami membincangkan dengan mendalam perkembangan terkini di Laut China Selatan dan melahirkan kebimbangan yang serius ke atas insiden yang berlaku baru-baru ini," kata menteri-menteri berkenaan. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Bilionair enggan bertanggungjawab Posted: Bilionair enggan bertanggungjawabRUPERT MURDOCH duduk dekat dengan anak lelakinya, James Murdoch semasa mereka disoal berhubung skandal akhbar News of The World di Parlimen Britain, London semalam. LONDON - Bilionair Rupert Murdoch memberitahu satu jawatan kuasa Parlimen Britain semalam bahawa memberi keterangan berhubung skandal penggodaman telefon dan rasuah yang mencemarkan empayar akhbar miliknya di Britain sebagai "hari paling rendah dalam hidup saya." Jawatankuasa berkenaan yang dianggotai beberapa wakil rakyat Britain ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penggodaman telefon dan merasuah pihak polis melibatkan tabloid mingguan nombor satu Britain, News of The World yang ditutup 10 hari lalu. Skandal itu juga menyebabkan dua pegawai kanan polis di London bertindak meletakkan jawatan manakala Rebekah Brooks yang pernah menjadi editor akhbar News of The World meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif News Corp milik Murdoch. Murdoch yang duduk di sebelah anak lelakinya, James, memulakan sesi soal jawab itu di sini dengan memohon maaf kerana penderitaan yang dialami mangsa-mangsa perbuatan mencuri dengan perbualan telefon berkenaan, bilionair berusia 80 tahun itu kemudian mencelah. "Saya hanya menyampaikan satu ayat: Ini merupakan hari paling rendah dalam hidup saya," kata Murdoch yang juga pemilik empayar media di Amerika Syarikat (AS). Murdoch seterusnya berkata, dia terkejut, kecewa dan malu apabila mendapat tahu mengenai kes menggodam perbualan telefon itu yang melibatkan akhbar News of The World dua minggu lalu. Namun, ketika ditanya sama ada dia menganggap dirinya bertanggungjawab secara langsung berhubung skandal memalukan itu, Murdoch menjawab ringkas: "Tidak." Ditanya siapa yang sepatutnya dipersalahkan beliau berkata:" Mereka yang diberi kepercayaan menguruskan akhbar tersebut dan mungkin orang-orang yang mereka percayai." Seterusnya dalam sesi soal jawab berkenaan, Murdoch bertegas bahawa dia diberikan maklumat salah apabila sebelum ini menafikan akhbar News of The World terbabit dalam skandal menggodam perbualan telefon itu. Menurutnya, tabloid berkenaan merupakan sebahagian kecil empayar perniagaannya dan beliau tidak dapat mengawasinya secara peribadi. Murdoch juga menyatakan dia tidak menemui bukti bahawa rakaman suara mangsa-mangsa serangan 11 September 2001 di AS telah digodam. "Kami tidak menemui sebarang bukti untuk itu dan sejauh yang kami ketahui, pihak Biro Perisikan Persekutuan (FBI) turut tidak menemuinya," katanya. "Jika mereka (pegawai-pegawai FBI) menemuinya, mereka akan melayan saya seperti cara yang sama kita hadapi di sini. "Saya tidak percaya, ia berlaku terhadap sesiapa di Amerika. Sama ada seseorang dari News of The World atau Gleen Mulcaire melakukannya. Saya tidak mengetahui," kata Murdoch. Mulcaire sebelum ini yang merupakan penyiasat persendirian dipenjara enam bulan pada 2007 selepas mengaku bersalah atas dakwaan menggodam telefon di sebuah mahkamah di Britain. Murdoch merupakan antara 100 individu paling berpengaruh di dunia dalam senarai majalah Times dengan kekayaan mencecah AS$6.3 bilion (RM18.8 bilion). Selain News of The World, Murdoch turut memiliki beberapa akhbar dan tabloid utama Britain seperti The Sun dan The Times. - Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan