Rabu, 22 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Aishwarya Rai hamil

Posted: 22 Jun 2011 03:16 PM PDT

Dunia

Amitabh Bachchan teruja bakal timang cucu

MUMBAI: Bekas Ratu Dunia yang kini bergelar aktres popular Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dilaporkan sedang hamil, kata bapa mentuanya yang juga aktor Amitabh Bachchan.

"Berita!!! Saya bakal menjadi seorang datuk. Aishwarya kini hamil. Amat gembira dan teruja!!!," tulis bintang veteran dalam akaun Twitter beliau pada Selasa.

Aishwarya Rai, 37, berkahwin dengan anak pelakon bintang mega Bollywood itu, Abhishek, 35, pada April 2007. Ia adalah anak pertama pasangan itu dan berita berkenaan muncul selepas beberapa minggu media di India dalam ruangan gosip mula membuat spekulasi memperkatakan mengenai berat badan aktres terbabit dilihat naik mendadak. Amitabh dalam laman twitter beliau, berkata beliau dibanjiri maklum balas mengenai berita itu daripada pengikutnya dan menerima 2,843 ucapan tahniah di Twitter hanya dalam masa kira-kira setengah jam.

Kehamilan itu disahkan pada awal pagi, tulisnya dalam blog beliau, bigb.bigadda.com awal semalam, sambil menambah: "Ia adalah kegembiraan dan keseronokan kepada kami," katanya.

Bagaimanapun pelakon itu tidak menyebut bila bayi terbabit bakal dilahirkan.
Sementara itu ,seorang jurucakap Ashwarya dilaporkan mengesahkan berita itu kepada IANS.
"Ya, ia adalah benar," kata jurucakap terbabit.

Keluarga Bachchan, Amitabh, isterinya yang juga seorang pelakon, Jaya bersama Aisywarya dan Abhishek adalah 'keluarga pertama' Bollywood yang mempunyai ramai peminat yang gilakan mereka di India dan juga seluruh dunia. – AFP/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Orang paling tua meninggal

Posted: 22 Jun 2011 03:14 PM PDT

Dunia

Maria Gomes Valentim

Maria Gomes Valentim

SAO PAULO: Seorang wanita Brazil disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai orang paling tua di dunia dilaporkan meninggal dunia semalam, beberapa minggu sebelum sambutan ulang tahun hari jadi beliau ke-115. Gelaran itu kini beralih kepada seorang wanita di Amerika Syarikat.

Maria Gomes Valentim mati berikutan masalah beberapa kegagalan organ, kata Helerson Lima seorang jurucakap rumah penjagaan di mana beliau tinggal. Valentim akan berusia 115 pada 9 Julai.

Guinness berkata, melalui laman webnya Valentim, wanita pertama Brazil memegang takhta itu meninggal dunia ketika berusia 114 tahun, 347 hari. Pada 18 Mei, Guinness mendapati bahawa Valentim adalah 48 hari lebih tua daripada orang yang sebelum ini dinobatkan sebagai orang paling tua di dunia, Besse Cooper dari Monre, Georgia.

"Dengan kematian Maria, takhta Orang Hidup Paling Tua diserahkan semula kepada Besse Cooper, berusia 114 tahun 299 hari," kata Guinness.

Anak lelaki wanita Georgia itu, Sid Cooper berkata ibunya dalam keadaan baik di Monroe.

"Beliau mengalami kenaikan berat badan, berselera makan," kata Sid Cooper. "Ingatan beliau masih baik," katanya. "Beliau mengingati perkara dari masa lalu dan mengenali orang."

Guinness mengesahkan Valentim dilahirkan pada 9 Julai 1896 di Carangola, negeri timur laut Minas Gerais. Beliau tinggal di sana hampir seluruh hidupnya.

Bulan lalu, Guinness melalui laman webnya berkata, Valentim atau 'Grandma Quita' mengamalkan diet sihat, memakan sebuku roti setiap pagi bersama kopi, buah-buahan dan susu. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan