Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Enggan siar gambar OsamaWASHINGTON 5 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengambil keputusan tidak akan menyiarkan gambar mayat Osama bin Laden kerana khuatir ia akan digunakan sebagai alat propaganda. Obama memberitahu stesen CBS dalam wawancara semalam, adalah penting untuk menyekat bahan bukti berupa gambar daripada disebarkan sebagai alat propaganda atau untuk menghasut. "Tidak syak lagi Osama sudah mati, tentunya tidak ada syak lagi di kalangan anggota al-Qaeda bahawa dia sudah mati, kerana itu kami tidak fikir gambar itu sendiri akan membawa perbezaan. "Kenyataannya, kita tidak akan melihat Osama berjalan di muka bumi ini lagi," kata Obama menurut petikan wawancara yang dibacakan oleh jurucakap White House, Jay Carney. Obama telah berunding dengan pasukan keselamatan negaranya mengenai soal sama ada hendak menyiarkan gambar tersebut yang sudah dilihatnya atau tidak, sebelum mengambil keputusan itu. Carney berkata, identiti Osama telah dikenal pasti dan Presiden tidak melihat 'sebab kukuh yang lain' untuk menyiarkan gambar itu, memandangkan potensinya untuk menimbulkan risiko terhadap keselamatan negara ini. "Bukan untuk kepentingan negara ini membenarkan penyiaran imej itu dijadikan ikon bagi memarakkan sentimen menentang AS, seperti apa yang berlaku pada masa lalu," kata Carney. - AFP |
Obama tidak hirau bantahan Pakistan Posted: Obama tidak hirau bantahan PakistanPenduduk bandar abbottabad membeli-belah di pasar bandar itu, semalam. penduduk di bandar itu kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas serangan tentera amerika yang membunuh ketua al-qaeda, osama bin Laden awal isnin lalu. – REUTERS WASHINTON 5 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bersedia untuk melancarkan serangan serupa di Pakistan pada masa depan bagi memburu musuh AS jika mereka dikenal pasti berada di Pakistan. Jurucakap White House, Jay Carney berkata, pendirian Obama tidak akan berubah, walaupun Islamabad membantah tindakan AS menceroboh negaranya semasa melancarkan serangan ke atas tempat persembunyian Osama di Abbottabad. "Presiden (Obama) semasa berkempen lagi (semasa pilihan raya Presiden AS) sudah mengambil pendirian itu dan menerusi tindakan yang diambilnya sebagai Presiden, merasakan itulah pendekatan yang betul dan akan terus berpendirian begitu," ujar Carney. Semasa kempen pilihan raya Presiden AS pada 2008, Obama berkata, beliau akan mengarahkan tindakan ke atas Osama atau pemimpin kanan al-Qaeda yang lain di Pakistan jika pucuk pimpinan negara itu 'tidak mampu atau tidak sanggup bertindak'. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan