Utusan Online - Luar Negara |
AS cabul undang-undang antarabangsa Posted: AS cabul undang-undang antarabangsa
BERLIN 4 Mei - Bekas Canselor Jerman Barat, Helmut Schmidt mengecam operasi tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan bagi membunuh Osama bin Laden. Ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, katanya, semalam. Pembunuhan Osama yang tidak bersenjata adalah melampaui batas dan AS bertindak seperti polis, hakim dan pelaksana hukuman mati ke atas orang paling dikehendaki di dunia itu, katanya. Schmidt memberitahu televisyen Jerman, operasi pasukan SEAL tentera laut AS itu juga boleh mendatangkan kesan tidak dijangka di dunia Arab yang kini dilanda pergolakan. Pandangannya disokong oleh peguam hak asasi manusia Australia, Geoffrey Robertson. "Tindakan AS bukan keadilan, tetapi memutarbelitkan istilah itu, kerana keadilan bermakna membawa orang ke mahkamah, mendapati mereka bersalah berdasarkan bukti dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Robertson kepada televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dari London. Pakar undang-undang antarabangsa berpejabat di Belanda, Gert-Jan Knoops pula berkata, Osama sepatutnya ditangkap dan diekstradisi ke AS. "Pihak Amerika berkata mereka memerangi keganasan dan boleh membunuh musuh mereka di medan perang, tetapi hujah itu sebenarnya tidak dapat dipertahankan," katanya. Seorang ulama kanan di New Delhi, Syed Ahmed Bukhari, askar AS sepatutnya boleh menangkap Osama dengan mudah. "Amerika menggalakkan hukum rimba di mana-mana sahaja, sama ada di Afghanistan, Iraq, Pakistan atau Libya. "Orang sudah lama membisu tetapi kini segala batas telah dilanggar," katanya. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Osama tidak bersenjata - White House Posted: Osama tidak bersenjata - White House
WASHINGTON 4 Mei – Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Osama bin Laden tidak bersenjata tetapi 'memberi tentangan' ketika komando tentera laut AS menembak mati pemimpin al-Qaeda itu. White House, semalam memberi keterangan paling lengkap setakat ini mengenai serangan nekad di Pakistan pada awal Isnin lalu yang membunuh dalang serangan 11 September 2011. Namun, pegawai AS tidak memberi penjelasan meyakinkan tentang mengapa Osama ditembak mati dan tidak ditangkap memandangkan dia tidak bersenjata, memarakkan spekulasi bahawa pasukan elit SEAL tentera laut AS telah diarah untuk menjalankan misi membunuh. "Di dalam bilik bersama-sama Osama, seorang wanita iaitu isterinya menerpa ke arah seorang komando AS lalu ditembak di kaki tetapi tidak dibunuh. "Osama kemudian ditembak mati, dia tidak bersenjata," kata jurucakap White House, Jay Carney. Apabila diasak oleh pemberita, Carney berkata, terdapat tentangan yang cukup kuat dan 'pertempuran bersenjata yang sengit'. "Kami bersedia untuk menangkapnya jika perkara itu dapat dilakukan," tegas beliau. Pegawai AS mendakwa, ujian DNA membuktikan secara muktamad lelaki yang ditembak di kepala dalam serbuan di bandar Abbottabad, Pakistan ialah Osama. Bagaimanapun mereka masih menimbangkan sama ada hendak menyiarkan gambarnya sebagai bukti atau tidak. "Perlu dinyatakan gambar itu mengerikan dan boleh mencetuskan kemarahan, kami masih mengkaji perkara ini," kata Carney. – AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan