Harian Metro: Global |
Posted: 03 May 2011 11:07 AM PDT WASHINGTON: Presiden Barack Obama menonton siaran video di kaca televisyen ketika seorang anggota komando menembak mati Osama bin Laden di Pakistan. Menerui kamera video yang dipasang pada topi seorang anggota komando tentera laut AS, Obama menyaksikan bagaimana Osama ditembak pada mata kirinya.
Rakaman pembunuhan di tempat persembunyian Osama itu, dikatakan menunjukkan seorang isterinya bertindak sebagai perisai untuk melindunginya.
Meskipun Presiden Obama mendakwa kematian Osama menjadikan dunia lebih selamat dan lebih baik untuk didiami, ketua Agensi Perisikan Amerika Syarikat berkata, kumpulan militan Islam sudah pasti bertindak balas.
- Pegawai Amerika berusaha mewajarkan penyeksaan tahanan di Teluk Guantanamo dengan mendakwa ia membolehkan pemburuan Osama berjaya dilakukan.
|
Posted: 03 May 2011 09:34 AM PDT WASHINGTON: Tiga pegawai Amerika Syarikat yang enggan dikenali berkata, tentera negara itu mengetahui tempat persembunyian Osama menerusi seorang pembantu paling dipercayainya, lelaki kelahiran Kuwait, Sheikh Abu Ahmed. Abu Ahmed ialah tokoh yang samar-samar bagi perisik Amerika Syarikat yang mengambil masa beberapa tahun untuk mengenal pasti identitinya.
Tanda awal mengenai kewujudannya diketahui sejurus selepas serangan 11 September 2001, daripada tahanan CIA.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan