Ahad, 15 Mei 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Teruja hendak balas dendam

Posted: 14 May 2011 08:52 AM PDT

MAJID
MAJID

TEHERAN: Seorang wanita yang buta dan cacat selepas seorang lelaki yang kecewa kerana cintanya ditolak melontar asid pada mukanya berkata, dia gembira untuk membalas dendam terhadap lelaki itu.

Sebuah mahkamah di Iran memberi kebenaran kepada Ameneh Bahrami untuk menitiskan asid pada mata penyerangnya, bekas rakan pelajarnya di Universiti Teheran.


Mahkamah memberikan pampasan berjumlah kira-kira RM95,000 dan menjatuhkan hukuman penjara ke atas lelaki itu, Majid Movahedi.

Bagaimanapun, Ameneh menolak pampasan berkenaan, sebaliknya mahu penyerangnya menderita sepertinya.


Persediaan dibuat untuk membolehkan Ameneh menyuntik asid ke dalam mata Majid di sebuah hospital semalam, di bawah pengawasan doktor. Ameneh dibenarkan menitik 20 titisan asid pada setiap belah mata lelaki itu.


Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan semalam ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Namun, Ameneh yang kembali ke Teheran dari Sepanyol untuk melaksanakan hukuman itu memberitahu wartawan, dia tetap mahukan lelaki itu buta sepertinya.


"Saya mahu hukuman qisas dilaksanakan. Saya sudah bersedia untuk menjalankan tugas itu. Hanya dengan membutakan dia baru saya boleh tenteram," kata Ameneh.

Dia berkata, segala rayuan, supaya dia membatalkan hasratnya, termasuk daripada ibu lelaki itu sudah terlambat. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lady Gaga ‘single’ semula

Posted: 14 May 2011 08:51 AM PDT

LOS ANGELES: Penyanyi, Lady Gaga (gambar) semalam mengejutkan penonton Rancangan Graham Norton apabila mendedahkan secara rasmi bahawa dia sekali lagi tidak mempunyai teman lelaki.

"Saya sudah tidak mempunyai teman lelaki. Saya tidak berpacaran lagi," kata penyanyi berusia 25 tahun itu kepada Norton.


Penyanyi itu sebelum ini menjalinkan hubungan dengan Luc Carl, pemain deram sebuah kumpulan heavy metal. Dia mendedahkan cintanya kepada Carl, 30, secara terbuka berulang kali sebelum ini dengan yang paling nyata ketika diwawancara oleh majalah Rolling Stone tahun lalu.

Dia berkata ketika itu: "Saya tidak pernah bercinta dengan seseorang seperti saya cintakan dia. Hubungan dengan Carl membentuk kehidupan saya." Mereka mula menjalinkan hubungan pada 2005 tetapi kejayaan Gaga menyebabkan hubungan itu terputus beberapa bulan kemudian sebelum mereka berbaik semula tahun lalu.


Dalam wawancara semalam, penyanyi itu mengaku cepat bosan dengan lelaki. — AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan