Ahad, 15 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kapal campak jenazah Osama tiba di Manila

Posted: 15 May 2011 03:18 PM PDT

Dunia

KAPAL perang USS Carl Vinson yang didakwa dari kapal itu jenazah Osama dicampak ke laut memulakan lawatan hormat empat hari di beberapa pelabuhan di Filipina. - Foto AFP

KAPAL perang USS Carl Vinson yang didakwa dari kapal itu jenazah Osama dicampak ke laut memulakan lawatan hormat empat hari di beberapa pelabuhan di Filipina. - Foto AFP

MANILA: Pegawai Amerika semalam mengalu-alukan kedatangan Presiden Benigno Aquino lll dan pelawat ke atas kapal perang USS Carl Vinson, di mana dari kapal itulah, jenazah pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden dicampakkan ke laut.

Aquino yang diiringi anggota kanan kabinet beliau dan ketua staf tentera, diterbangkan ke kapal pengangkut pesawat itu semalam, ketika ia belayar di Laut China Selatan menghala ke Filipina.

Sekumpulan wartawan juga diundang untuk melawat kapal seberat 97,000 tan itu dan berbual dengan kelasi ketika ia berlabuh di Manila bersama tiga kapal perang lain bagi memulakan lawatan hormat empat hari di beberapa pelabuhan di Filipina. Jurucakap Kedutaan Amerika Wossenyelesh Mazengia, memberitahu lebih 24 wartawan yang menaiki feri selama setengah jam menuju ke kapal itu bahawa tiada sesiapa di USS Vinson dibenarkan berbincang sebarang butiran terperinci operasi serangan ke atas Osama bin Laden.

"Saya tidak katakan bahawa anda tidak boleh bertanya. Anda boleh berbuat demikian," katanya.

Setiausaha Pertahanan, Voltaire Gazmin berkata Aquino dan rombongannya dibawa melawat kapal perang itu dan menyaksikan satu pertunjukan pesawat perang ketika berlepas dan mendarat di atas kapal berkenaan. Satu daripada pesawat itu diterbangkan seorang juruterbang Filipina warga Amerika.

"Pada satu ketika, Aquino duduk di dalam kokpit pesawat perang Super Hornet F/A-18E di hangar kapal, manakala kelasi mengambil beliau. Presiden itu juga bergambar kenangan dengan kelasi Filipina warga Amerika," kata Gazmin Bagaimanapun beliau berkata, suatu perkara yang ketara, isu pengebumian Osama dari Carl Vinson, 12 hari sebelum itu tidak disentuh langsung, manakala rombongan Aquino juga berpendapat perkara itu tidak perlu ditanya.

"Kami tidak meminta taklimat mengenainya kerana ia terlalu sensitif. Ia adalah satu lawatan persahabatan dan kami ia kekal begitu," katanya.

Gazmin, seorang jeneral bersara berkata, beliau kagum dan cara serangan komando waktu malam yang membunuh Osama dan menambah, ia menunjukkan kehebatan kuasa tentera Amerika. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ketua IMF ditahan kes rogol

Posted: 15 May 2011 03:17 PM PDT

Dunia

Dominique Strauss-Kahn

Dominique Strauss-Kahn

Bakal calon pilihan raya presiden Perancis dituduh lakukan serangan seksual

NEW YORK: Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antrabangsa (IMF) dan bakal calon pilihan raya presiden Perancis, Dominique Strauss-Kahn, 62, ditahan pihak berkuasa Amerika atas dakwaan melakukan serangan seksual, termasuk cubaan merogol seorang pekerja hotel di bandar raya ini.

Jurucakap polis New York, Paul Browne berkata semalam, Strauss-Kahn, dibawa keluar dari pesawat penerbangan Perancis, Air France, beberapa minit sebelum ia berlepas ke Paris dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy kelmarin.

Browne berkata, Strauss-Kahn, tokoh utama yang bertanggungjawab dalam menangani masalah kewangan ketika Eropah dilanda krisis hutang pada 2007 hingga 2009, ditahan secara rasmi kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan, atas dakwaan melakukan jenayah seksual, cubaan merogol dan mengurung orang lain secara salah. Penganalisis berkata dakwaan ke atas Stauss-Kahn bakal memberi malu besar kepada imej IMF di seluruh dunia, kerana badan itu terbabit dalam pemberian program pinjaman ke atas negara bermasalah dan memainkan peranan dalam mengatasi masalah kewangan Eropah.

Ia menyusul pengumuman orang nombor dua IMF, John Lipks yang bercadang meletak jawatan Ogos depan, apabila penggalnya berakhir.

Browne berkata, seorang wanita pekerja hotel berusia 32 tahun, memfailkan aduan serangan seksual ke atas beliau sejurus berjaya melepaskan diri dari sebuah bilik hotel di Times Square, lokasi kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 1 petang waktu tempatan kelmarin.

Beliau berkata, Strauss-Kahn, yang dianggap calon pilihan bagi Parti Sosialis untuk bertanding pilihan raya presiden Perancis pada April dan Mei 2012, dipercayai melarikan diri dari hotel itu selepas kejadian.
"Pekerja wanita terbabit memberitahu penyiasat, Strauss-Kahn, keluar dari bilik air dalam keadaan bogel dan berlari ke serambi, tempat dia berada, menariknya ke katil dan cuba melakukan serangan seksual.

"Pekerja itu berjaya melepaskan diri tetapi beliau menariknya masuk ke dalam bilik air dan menyerangnya secara seksual sekali lagi. Strauss-Kahn juga cuba mengurung wanita itu di dalam bilik hotel," kata Browne.

Beliau berkata berkata Strauss-Kahn tidak mempunyai kekebalan diplomatik dan beliau dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Di bawah undang-undang negeri New York, jenayah serangan seksual, termasuk memaksa seseorang melakukan seks oral, sama seperti cubaan merogol, boleh dikenakan hubungan penjara antara 15 hingga 20 tahun jika sabit kesalahan. Perbuatan mengurung orang lain secara salah pula boleh membawa hukuman tiga hingga lima tahun penjara. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan