Sabtu, 2 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Anjing terapung 3 minggu

Posted:

Anjing terapung 3 minggu

Anjing terapung 3 minggu


GAMBAR yang disediakan oleh Jiji Press menunjukkan Pengawal Pantai Jepun menyelamatkan seekor anjing yang terapung sejak gempa bumi dan tsunami melanda tiga minggu lalu di perairan Kesennuma di Miyagi, Jepun, kelmarin. - AFP


TOKYO 2 April - Seekor anjing ditemui selamat dan sihat hari ini selepas tiga minggu berada di dalam rumah yang terapung di tengah lautan akibat tsunami yang melanda Jepun.

Ahli Pengawal Pantai Jepun menemui anjing kecil itu ketika menjalankan pencarian dari udara di kawasan tersebut.

Anjing itu berjaya meneruskan hidup di dalam rumah yang separuh daripadanya telah musnah dihanyutkan oleh air laut.

Televisyen tempatan menyiarkan video anjing itu berlari melompat-lompat di atas bumbung rumah itu sebelum ia menghilangkan diri ke dalam rumah melalui lubang di bumbung itu.

Anggota penyelamat berharap menemui ramai lagi mangsa tsunami yang terselamat di dalam rumah itu tetapi mereka gagal menemui sesiapa selepas membuka bumbung itu melainkan anjing tersebut.

Walaupun berada tiga minggu di lautan, anjing berwarna coklat yang bersaiz sederhana itu dilihat berada di dalam keadaan yang baik dan sihat.

Penemuan tersebut merupakan harapan sedikit yang jarang berlaku di Jepun di mana beribu-ribu orang dipercayai terkorban akibat bencana itu.

Jepun kini dicengkam dengan ancaman nuklear akibat ketidakstabilan loji nuklear di Fukushima dan pekerja loji terus berusaha untuk memulihkan sistem penyejukan yang rosak akibat gempa bumi. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Candice Swanepoel semakin kurus

Posted:

Candice Swanepoel semakin kurus

Candice Swanepoel semakin kurus

LOS ANGELES 2 April - Model Victoria's Secret, Candice Swanepoel, 22, mengejutkan orang ramai yang melihat kemunculannya dengan badannya yang semakin kurus ketika perasmian pakaian renang Victoria's Secret awal minggu ini.

Namun, model dari Afrika Selatan itu mempertahankan penurunan berat badannya yang drastik dengan mengatakan dia sangat sihat dan gembira.

"Saya gembira mengetahui ramai yang mengambil berat tentang saya tetapi dalam hal ini, semuanya adalah normal dan baik," ujarnya.

Candice mengatakan fizikalnya yang terlalu kurus itu kerana mengamalkan diet, bersenam serta tekanan.

Pada November lalu, dia memberitahu ABC News yang jadual kerjanya yang ketat dan memenatkan membuatkan berat badannya semakin menurun.

"Saya telah berjalan ke sana-sini seperti gila. Saya akan semakin kurus jika saya sibuk," tambahnya.

Candice menyerlah dalam majlis itu berbanding rakan modelnya Alessandra Ambrosio dan Adriana Lima kerana kakinya yang kecil dan halus serta perutnya yang cengkung.

Adriana dan Alessandra kelihatan langsing mengenakan baju renang berwarna hitam manakala Candice kelihatan amat kurus kering. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan