Harian Metro: Global |
Posted: 18 Apr 2011 10:54 AM PDT PENGELUAR produk kesihatan berasaskan air daripada terapi aura, Worldwellness Network Sdn Bhd (WWN) terus komited menawarkan produk berkualiti kepada pengguna bagi kesihatan dalaman dan luaran apabila melancarkan hasil kajian dan penyelidikan (R&D) selama dua tahun di pasaran negara ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Najmie Noordin berkata terdapat tiga rangkaian produk diperkenalkan tahun ini iaitu Super RxLite, RxYoung dan RxYoung Am.Pm Therapie.
"Ketiga-tiga produk ini menggunakan bahan yang membantu pengguna mendapatkan kesan terbaik tanpa memberi kesan sampingan berbahaya, malah formulasi yang kami buat juga sudah diuji berkali-kali bagi memastikan ia adalah paling berkualiti untuk orang ramai.
Najmie berkata, menerusi pengenalan produk baru, syarikat menyasarkan jualan kira-kira 2,000 kotak sebulan bagi Super RxLite dan RxYoung manakala 1,000 bagi RxYoung Am.Pm Therapie.
|
Amerika dilanda ribut: 45 maut Posted: 18 Apr 2011 10:53 AM PDT RALEIGH (Carolina Utara): Angin taufan terburuk dalam tempoh beberapa dekad melanda sebahagian Amerika Syarikat, semalam, menyebabkan 45 orang maut dan merosakkan bangunan serta harta benda lain. Bencana itu bermula pada petang Khamis (waktu tempatan) di Oklahoma apabila angin puting beliung raksasa hampir memusnahkan seluruh bandar Tushka yang dihuni 350 orang.
Sehari kemudian kekuatan angin meningkat dan mencetuskan beratus-ratus taufan yang melanda Arkansas, Mississippi, Alabama dan Carolina Utara, sebelum menuju Virginia pada malam Sabtu.
Pada 1984, taufan terburuk dalam tempoh lebih satu abad memusnahkan Georgia, Carolina Utara dan Selatan, serta Virginia, serta mengorbankan 57 orang serta lebih 1,000 cedera.
Di Alabama, seorang ibu dan dua anaknya yang berlindung dalam rumah bergerak adalah antara tujuh korban.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan