Ahad, 10 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Kasih Nicole beri sinar hidup Urban

Posted: 10 Apr 2011 03:12 PM PDT

Dunia

Akui ketagihan dadah, alkohol dapat diatasi

LOS ANGELES: Penyanyi lagu Country dari Australia, Keith Urban, berkata kasih sayang isterinya aktres Nicole Kidman berjaya menyelamatkan dirinya daripada terus memusnahkan hidup.

Dalam satu temuramah dengan majalah Good Weekend dan dipetik akhbar Daily Express, Urban, 43, berkata perkahwinannya dengan Kidman 44, pada 2006 dan kehadiran dua orang anak mereka amat membantunya mengatasi ketagihan dadah dan alkohol.

Empat bulan selepas mengahwini Kidman, Urban mendaftarkan diri di klinik khas bagi merawat masalah yang dihadapinya. "Saya amat gembira kerana kini bebas daripada masalah itu. Ia menjadikan saya suami dan bapa yang lebih baik. Kehadiran Kidman dan dua anak kami, Sunday Rose dan Faith, amat bererti dalam hidup saya. Alangkah baiknya jika dia muncul lebih awal," katanya yang dipetik akhbar itu.

Ketika ditanya mengapa penyanyi itu terjebak dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol, Urban berkata ia berpunca daripada perasaan kesunyian dan kekosongan dalam dirinya.

"Saya cuba pelbagai cara mengatasi kekosongan itu dan akhirnya terjebak dalam dadah dan alkohol," katanya.

Urban mengakui, walaupun pada mulanya dia berasa bimbang rawatan dijalaninya akan menyebabkan hubungan dengan Kidman renggang, keadaan berlaku sebaliknya. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Koleksi Elizabeth Taylor dilelong

Posted: 10 Apr 2011 03:11 PM PDT

Dunia

NEW YORK: Koleksi barangan perhiasan, hasil seni, pakaian dan barangan kenangan milik bintang lagenda Hollywood, Elizabeth Taylor bakal dilelong, kata agensi pelelongan Christie kelmarin.

Pengerusi Emeritus Christie Amerika Stephen Lash berkata pihaknya diberi tanggungjawab melakukan lelongan koleksi bersejarah bintang tersohor itu.

Elizabeth Taylor yang lebih dikenali sebagai Liz menghembuskan nafas terakhir bulan lalu di Los Angeles pada usia 79 tahun. Aktres itu dilapor meninggalkan harta kira-kira AS$1 bilion (RM3.03 bilion), dalam bentuk wang tunai, barang kemas dan hartanah menjadikannya antara 14 wanita terkaya di dunia hasil usaha sendiri. Kekayaan ditinggalkan Taylor juga menjadi punca pertelagahan antara anak aktres itu dengan pihak pengurusan hartanya. – Reuters
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan