Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Gaddafi selar kuasa Barat
TRIPOLI 23 Mac - Kuasa Barat yang membedil sistem pertahanan Libya akhirnya 'akan dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah', kata Muammar Gaddafi, ketika askarnya menyekat kemaraan pemberontak, meskipun diserang dari udara selama empat malam, berturut-turut. Serangan udara kuasa Barat telah berjaya melumpuhkan tentera udara Libya dan memaksa askar dan kereta kebal tentera Libya berundur dari pinggir kubu pemberontak di Benghazi, tetapi pemberontak yang tidak tersusun dan kekurangan senjata gagal memanfaatkan bantuan udara itu dan terus terperangkap. Tentera pemberontak belum berupaya mengusir askar Gaddafi dari persimpangan utama bandar Ajdabiyah di timur, manakala kereta kebal tentera kerajaan terus membedil Misrata, bandar terbesar terakhir yang cuba dipertahankan oleh pemberontak. Terdapat kemungkinan besar berlaku kebuntuan di darat, kata penganalisis. Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di Tripoli sebelum subuh hari ini, sementara deruan sebuah jet pejuang kedengaran di ruang udara disusuli tembakan bertalu-talu meriam antipesawat. "Kita tidak akan menyerah kalah, kita akan menewaskan mereka dengan apa cara sekalipun kerana kita bersedia untuk berperang dalam jangka pendek atau jangka panjang....kita akan mencapai kemenangan akhirnya," kata Gaddafi kepada penyokong yang membentuk perisai manusia di pekarangan kediamannya di Tripoli. Beliau menyifatkan serangan itu sebagai keganasan yang dilancarkan kumpulan fasis yang kesudahannya akan 'dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah'. Kerajaan Libya menafikan tenteranya melancarkan serangan, sebaliknya mendakwa mereka hanya mempertahankan diri apabila diserang, tetapi pemberontak dan penduduk berkata, kereta kebal rejim meneruskan bedilan ke atas Misrata di barat, menyebabkan 40 orang terbunuh kelmarin, di samping menyerang pekan kecil Zintan di sempadan Tunisia. Kemaraan pemberontak di timur juga tersekat di pinggir Ajdabiyah sejak baki kereta kebal Gaddafi berkawal di sana selepas barisan kenderaan berperisai tentera beliau yang sedang mara ke Benghazi musnah dalam serangan udara tentera Perancis lewat Sabtu lalu. Pemberontak yang berlindung di balik bukit pasir daripada tembakan meriam kereta kebal dari bandar itu tidak mempunyai senjata berat, kepimpinan, komunikasi atau pelan. Negara-negara Barat keberatan menempatkan tentera darat yang dapat memberi panduan melancarkan serangan udara dengan lebih tepat bagi membantu pemberontak menawan Tripoli. Sementara itu, penganalisis pertahanan berkata, kuasa Barat dijangka menanggung kos melebihi AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya jika operasi itu berlarutan selama beberapa bulan. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Air paip dicemari radioaktifPARIS 23 Mac - Ibu bapa di Jepun dinasihati supaya tidak membuat susu bayi menggunakan air paip selepas pihak berkuasa hari ini mengesan ia mengandungi paras radioaktif iodin berlebihan, yang boleh mendatangkan bahaya kepada golongan itu. Seorang pegawai berkata, satu sampel air yang diambil dari sebuah wad di Tokyo, semalam didapati mengandungi bahan radioaktif 210 becquerels per kilogram, dua kali ganda berbanding paras yang dibenarkan. "Di bawah garis panduan kerajaan, air yang mengandungi bahan radioaktif dengan kepekatan 100 becquerels per kilogram tidak sesuai digunakan untuk membuat susu bayi," kata seorang pegawai kepada pemberita. Katanya, satu lagi sampel air dari hospital yang sama hari ini dikesan mengandungi bahan radioaktif 190 becquerels per kilogram. Sehubungan itu, majlis perbandaran menasihati orang ramai agar tidak menggunakan air paip untuk membuat susu bayi sehingga satu notis lanjutan dikeluarkan. Sementara itu, Perdana Menteri, Naoto Kan hari ini mengarahkan penghantaran produk ladang dari Fukushima dan Ibaraki dihentikan selepas ia dikesan mengandungi paras radiasi tinggi. Menurut Jiji Press dan media lain, penghantaran sayur brokoli dan bayam 'komatsuna' dari Fukushima serta susu tidak dirawat dan sayur parsley dari Ibaraki perlu dihentikan. Dalam perkembangan berkaitan, beberapa gegaran susulan dikesan di bahagian timur laut Jepun, hari ini, bagaimanapun ia tidak mendatangkan kesan serius kepada reaktor nuklear di Fukushima, lapor agensi berita Xinhua. Pakar berkata, krisis nuklear di Jepun menyebabkan negara ini berhadapan masalah pembersihan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau berdekad-dekad, sekali gus melibatkan perbelanjaan yang besar. Kata mereka, jangkaan kos pembersihan itu masih terlalu awal untuk dibuat ketika jurutera di reaktor No. 1 Fukushima masih berada dalam situasi cemas dan data atau maklumat mengenai kerosakan serta pembebasan radiasi itu masih belum diperolehi sepenuhnya. - AFP/Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan