Berita Harian: Dunia |
Posted: 23 Mar 2011 02:54 PM PDT Dunia SEORANG petani mencurah susu ke dalam lubang untuk ditimbus di daerah Itate, Fukushima selepas pihak berkuasa mendedahkan pencemaran radiasi dalam produk tenusu. - Foto REUTERS TOKYO: Air paip di Tokyo didapati mengandungi kadar iodin radioaktif dua kali lebih tinggi daripada yang dikira selamat untuk kanak-kanak manakala Amerika Syarikat menjadi negara pertama menghentikan import makanan dari sekutunya itu kerana kebimbangan radiasi. Tahap iodin radioaktif dalam paip air di pusat rawatan air pinggir Tokyo mendapati bekalan air yang disalurkan ke paip mengandungi 210 becquerels, kata pegawai Biro Air Tokyo. Kadar itu melebihi dua kali had yang disarankan iaitu 100 becquerels seliter. Bayi di Tokyo tidak seharusnya diberi minum air paip walaupun tahapnya tidak memberikan risiko pada kesihatan dengan serta merta kepada golongan dewasa, kata pegawai. Hampir dua minggu selepas tragedi gempa dan tsunami pada 11 Mac lalu, pegawai nuklear masih berusaha menstabilkan loji yang terlalu panas dan musnah di Fukushima itu, yang mana kebocoran radioaktif dikesan sejak kejadian yang merosakkan sistem penyejukan.Gempa pada kekuatan 9 skala Richter merosakkan loji nuklear di Fukushima manakala tsunami menyebabkan 23,000 penduduk maut atau hilang. Radiasi turut menyerap dalam sayur, susu mentah, bekalan air dan air laut di kawasan sekeliling loji itu. Brokoli turut termasuk dalam senarai sayur tercemar yang turut merangkumi bayam, bunga matahari dan canola.
Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat berkata mereka menghentikan pengimportan produk tenusu dan bahan mentah dari wilayah Fukushima. Produk lain yang diimport dari Jepun termasuk makanan laut akan terus dijual kepada orang ramai tetapi perlu menjalani imbasan radiasi terlebih dulu, kata agensi. Amerika mengimport kurang empat peratus makanan dari Jepun dan FDA berkata pihaknya tidak menjangka risiko radiasi terhadap bekalan makanan. Pegawai juga berkata, tahap radiasi juga melebihi had selamat membabitkan 11 jenis sayur di kawasan sekitar loji nuklear Fukushima, selain susu dan air. Jepun sudah menghentikan penghantaran makanan tertentu dari kawasan berkenaan dan meminta penduduk berhenti makan sayur berdaun. Beberapa negara Asia juga mula melakukan pemeriksaan terhadap import makanan Jepun bagi memastikan tiada pencemaran radiasi dengan Taiwan menyuruh nelayannya berhenti menangkap ikan di perairan Jepun. – AFP/Reuters Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Libya akan menang perang: Gaddafi Posted: 23 Mar 2011 02:52 PM PDT Dunia TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menyatakan kesediaan Libya untuk berperang ketika pemimpin Barat menimbang langkah seterusnya pada hari kelima serangan tentera bersekutu terhadap negara yang kaya dengan minyak itu."Kita akan menang peperangan ini," kata Gaddafi kepada penyokong di perkarangan bangunan Bab Al-Aziziyah di Tripoli yang menjadi sasaran peluru berpandu tentera bersekutu. Awal semalam, Cable News Network (CNN) melaporkan, serangan udara tentera bersekutu dilancarkan sepanjang malam di bandar Misrata, timur Tripoli. Pemberontak berkata mereka menghadapi serangan bertalu-talu di bandar Misrata yang dikepung tentera Gaddafi sejak beberapa minggu lalu. Antara yang terbunuh empat kanak-kanak, kelmarin.Sementara itu, Presiden Barack Obama tiba di Washington selepas memendekkan lawatan ke Amerika Latin berkata beliau menjangka penjelasan terhadap struktur arahan operasi tentera bersekutu dalam tempoh beberapa hari akan datang. Obama berkata ada sedikit pengurangan operasi pesawat tentera udara Amerika berikutan sekutu Barat mahu mewujudkan zon larangan terbang yang diluluskan Pertubuhan Bangsa Bangsa-Bersatu (PBB) bertujuan melindungi rakyat Libya. Kelmarin, pertempuran berlaku antara askar setia Gaddafi dengan pemberontak, ada laporan menyebut pemimpin Libya itu mencari jalan untuk keluar dari konflik. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan