Harian Metro: Global |
Posted: 19 Mar 2011 11:41 AM PDT OSAKA: Pihak berkuasa Jepun semalam mengesan paras luar biasa radioaktif dalam susu dan bayam di kawasan berhampiran loji nuklear yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami. Bagaimanapun, makanan itu tidak mengancam kesihatan manusia, kata Ketua Setiausaha Kabinet kerajaan, Yukio Edano.
"Radiasi melebihi tahap yang dibenarkan oleh undang-undang Jepun dikesan," katanya.
Edano menggesa pengguna bertenang.
Beberapa negara Asia sudah mengumumkan langkah untuk memeriksa makanan yang diimport dari negara itu sementara Kesatuan Eropah juga menggesa pemeriksaan serupa dijalankan.
|
Posted: 19 Mar 2011 11:36 AM PDT TOKYO: Agensi Polis Kebangsaan Jepun semalam mengesahkan 7,917 orang terbunuh dan 10,906 lagi hilang akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu sejak sembilan hari lalu. Sebahagian daripada yang hilang itu mungkin berada di luar timur laut negara itu ketika bencana berkembar itu melanda wilayah berkenaan. Selain itu, ada yang mungkin dihanyutkan tsunami ke laut. - AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan