Selasa, 8 Mac 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


21 maut di Misrata

Posted: 07 Mar 2011 09:35 AM PST

BENGHAZI: Seramai 21 orang, termasuk seorang budak, terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera di bandar dikuasai penentang kerajaan, kata doktor semalam.

Menurut pegawai perubatan itu, kumpulan antikerajaan dan penyokong Muammar Gaddafi bertempur di Misrata menyebabkan 21 orang syahid.


"Ada kemungkinan jumlah korban akan meningkat," katanya.

Secara keseluruhan, kata doktor itu, 91 orang cedera dan sembilan daripadanya parah.


Tanpa mendedahkan identitinya, doktor terbabit berkata, sebahagian besar mangsa pertempuran itu adalah orang awam, termasuk seorang budak lelaki berusia dua setengah tahun.


"Saya tak pasti apa senjata digunakan untuk membunuh penentang kerajaan, tetapi ia bukan senjata api," katanya.

Doktor itu berkata, tentera yang menyokong Gaddafi turut menggunakan ambulans sebagai kenderaan bagi menyerang orang awam.


Jurucakap kumpulan antikerajaan, Abdul Basit Abu Mziriq, turut mengesahkan 21 orang terbunuh.

Katanya, pertempuran berlangsung seharian.


"Dari jam 7 pagi hingga 6 petang, tentera yang setia kepada Gaddafi terus melepaskan tembakan ke arah orang awam dan bangunan," katanya.


Walaupun begitu, penentang yang kini mentadbir Misrata berjaya membalas serangan sehingga akhirnya tentera terbabit berundur.


Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menuntut Libya memberi akses serta-merta bagi menyelamatkan mangsa pertempuran di Misrata.


Penyelaras bantuan kecemasan PBB, Valerie Amos, berkata pertubuhan kemanusiaan perlu dihantar segera ke kawasan konflik.


"Orang awam kini berdepan maut dan perlukan bantuan segera," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemimpin Libya masih ‘berenang’ dalam duit minyak

Posted: 07 Mar 2011 09:25 AM PST

LONDON: Di sebalik tekanan dan kesukaran mentadbir negara, rejim Muammar Gaddafi masih memiliki sumber kewangan kukuh hasil daripada pendapatan eksport minyak mentah, lapor Financial Times, semalam.

Memetik seorang pegawai petroleum kanan dari Barat, akhbar bisnes itu melaporkan, pembayaran eksport minyak mentah dibuat melalui Bank Pusat Libya dan ada kemungkinan besar ia dikawal Gaddafi sepenuhnya.


Keadaan itu berlaku ketika Libya kini berada di bawah sekatan antarabangsa.

Pada minggu terakhir Februari lalu - ketika keganasan mula tercetus - Libya mengeksport kira-kira 570,000 tong minyak sehari dan menjual kira-kira 400,000 tong sepanjang minggu lalu.


Menurut Financial Times, mengikut harga semasa, nilai eksport minyak mentah Libya sepanjang dua minggu lalu adalah RM2.33 bilion.


Libya adalah pengeluar minyak keempat terbesar di Afrika dan menghasilkan kira-kira 2.3 peratus keperluan petroleum dunia sebelum krisis melanda negara itu.

"China dan India masih menjalankan urusan pembelian dengan negara itu," lapor akhbar berkenaan. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan