Berita Harian: Dunia |
Pemisah selatan Thai ubah taktik Posted: 08 Mar 2011 02:38 PM PST Dunia BANGKOK: Keganasan semakin rancak di kawasan bergolak selatan Thailand, selepas beberapa lagi serangan bom dan senjata berlaku di rantau majoriti penduduk Islam, kata pihak berkuasa Thai, semalam."Saya mengakui pergolakan kian meningkat, namun pegawai kami bertungkus lumus untuk bekerja keras sehabis baik bagi menyelesaikan masalah itu," kata Tawin Pleansri, Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Nasional memberitahu media. "Agak sukar mengawasi kawasan yang sebegitu luas. Walaupun kurang insiden berlaku, kebelakangan ini keadaan berada pada tahap paling serius," katanya. Pemisah Islam melancarkan pemberontakan di rantau paling selatan Thailand sejak awal 2004, menyebabkan lebih 4,400 orang maut, membabitkan penduduk Islam dan Buddha.Keganasan semakin hebat baru-baru ini dengan beberapa serangan bom berlaku termasuk dalam kejadian Januari lalu yang mengorbankan sembilan orang. Satu serangan berani luar biasa seminggu sebelumnya ke atas sebuah pangkalan tentera menyebabkan sekurang-kurangnya empat askar terbunuh. Pihak berkuasa berkata, pemberontak jelas menukar taktik mereka dengan memfokuskan lebih banyak serangan secara ganas.
"Masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan," kata Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban, yang bertanggungjawab menguruskan keselamatan negara. Pengkritik menuduh kerajaan gagal menangani kesengsaraan minoriti Islam Melayu Thailand, termasuk dakwaan mereka didera tentera yang turut dianggap kurang hormat ke atas identiti etnik, bahasa dan agama orang tempatan. Mangsa terbaru termasuk seorang pesara polis Buddha berusia 61 tahun yang terkorban kelmarin dalam satu tembakan penunggang motosikal yang menyebabkan cucu perempuannya parah di wilayah Pattani. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Bom ditanam militan Islam meletup Posted: 08 Mar 2011 02:35 PM PST Dunia LAHORE: Bom ditanam pihak yang disyaki militan Islam meletup di kawasan tempat mengisi gas asli di wilayah Punjab, tengah Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan 127 yang lain, kata polis.Ramai yang maut masih terperangkap dalam timbunan runtuhan beberapa jam selepas letupan itu memusnahkan bangunan stesen dengan pekerja penyelamat cuba mengangkat batu berat dan besi bagi menyelamatkan mangsa. "Kami bimbang angka kematian meningkat kerana keadaan mangsa yang cedera kritikal," kata Ketua Polis Wilayah Faisalabad yang kaya dengan pembuatan tekstil, Aftab Cheema. "Ia bom kereta. Letupan itu disorok di dalam kereta," kata Cheema.Saksi kejadian, Ijaz Hussain memberitahu yang beliau mendengar letupan kuat dan menyebabkan keadaan kelam kabut. –AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan