Isnin, 28 Mac 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pekerja loji nuklear Jepun cabut lari

Posted: 28 Mar 2011 01:00 PM PDT

Dunia

Kasut wanita turut diperiksa kemungkinan terkena bahan radioaktif  di sebuah pusat pemindahan di  Fukushima.

Kasut wanita turut diperiksa kemungkinan terkena bahan radioaktif di sebuah pusat pemindahan di Fukushima.

Tidak sedar bacaan radioaktif 10 juta adalah silap hingga gagal ukur tahap kali kedua

TOKYO: Pengendali loji nuklear Daiichi di Fukushima, Tokyo Electric Power Company (TEPCO) semalam memohon maaf berikutan kesilapan bacaan tahap radiasi berikutan kebocoran di loji terbabit yang dikatakan 10 juta kali lebih tinggi sedangkan parasnya 100,000.

Jurucakap TEPCO Takashi Kurita berkata seorang pekerja di loji itu mengukur bacaan dari sistem pendingin di reaktor nombor 2 lari selepas melihat kadar terlalu tinggi hingga tidak mengambil bacaan kedua. "Angka itu tidak tepat dan kami amat kesal kesilapan ini," katanya. Laporan mengelirukan itu menyebabkan kegemparan dan meningkatkan kebimbangan di wilayah yang belum pulih daripada bencana gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Terbaru, TEPCO mengakui cecair raioaktif sudah bocor dari reaktor Fukushima manakala pertubuhan Greenpeace menyatakan ia sudah mengesan paras tinggi radiasi di luar zon keselamatan manakala China menjadi negara terbaru mendedahkan pencemaran radiasi di wilayah utaranya, Heilongjiang, selepas Amerika dan Iceland.

Berikutan itu, pakar memberi amaran bahawa Jepun menghadapi masalah berpanjangan menyekat pencemaran radiasi itu.

"Sebuah negara tidak mampu menguruskannya. Ia memerlukan campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Pada pandangan saya, perkara ini lebih penting daripada zon larangan terbang Libya," kata Najmedin Meshkati dari Universiti Southern California.

Turut menambah kebimbangan, satu lagi gempa bumi melanda lewat semalam pada kekuatan 6.5 skala Richter meskipun tiada kematian atau kemusnahan dilaporkan.

Timbalan Presiden TEPCO, Sakae Muto yang memaklumkan bacaan radiasi dalam satu taklimat juga memohon maaf berikutan kesilapan bacaan itu.

TEPCO melaporkan paras radiasi melebihi 1,000 millisieverts sejam ditemui di permukaan air di kawasan luar reaktor dan bacaan ini adalah sama dengan tahap yang ditemui kelmarin.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika menyatakan satu dos 1,000 millisievert sudah cukup untuk menyebabkan pendarahan.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kabinet dan jurucakap kerajaan Jepun, Yukio Edano, berkata kesilapan bacaan yang dinyatakan di loji berkenaan 'benar-benar tidak boleh dimaafkan'.

"Walaupun saya mengetahui pekerja di loji itu mungkin keletihan, ujian paras radiasi ini amat penting kerana ia akan digunakan sebagai landasan kepada langkah keselamatan yang akan diambil. Kesilapan ini tidak boleh dimaafkan," katanya. – Reuters/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemberontak Libya terus mara

Posted: 28 Mar 2011 12:59 PM PDT

Dunia

 PENENTANG Gaddafi lalu dekat senjata pelancar roket askar kerajaan yang terbakar di Ras Lanuf.

PENENTANG Gaddafi lalu dekat senjata pelancar roket askar kerajaan yang terbakar di Ras Lanuf.

BIN JAWAD: Penentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mara ke tempat kelahiran pemimpin mereka di Sirte semalam, dengan menaiki trak pikap yang dilengkapi dengan mesingan, selain merancang untuk terus ke ibu negara, Tripoli.

Russia mengkritik serangan udara diketuai Barat yang membawa Libya kepada konflik sambil menyifatkan ia membawa kepada satu perang saudara dan melanggar syarat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Qatar menjadi negara Arab pertama mengiktiraf pemisah yang kini memasuki minggu keenam menentang pemerintahan Gaddafi selama 41 tahun, sebagai wakil tunggal sah penduduk Libya. Stesen Al Jazeera kemudian melaporkan, pemisah merampas bandar Nawfaliyah dari tentera yang setia kepada Gaddafi sebelum meneruskan kemaraan ke barat dan menawan Sirte manakala agensi lain melaporkan kota berkenaan masih dalam kawalan tentera.

Dengan bantuan serangan udara tentera Barat terhadap tentera Gaddafi, pemberontak kembali mengawal terminal minyak utama di timur bagi negara anggota OPEC terbabit.

"Kami mahu ke Sirte hari ini. Saya tidak tahu sekiranya ia akan berlaku," kata seorang pemisah, Marjai Agouri ketika beliau menunggu bersama 100 yang lain di luar Bin Jawad bersama tiga pelbagai pelancar roket, enam senjata anti pesawat udara dan kira-kira sedozen trak pikap dilengkapi dengan mesingan.

Seorang wartawan agensi berita yang berada kira-kira 15 kilometer ke barat Bin Jawad dalam perjalanan ke Nawfaliyah mendengar satu letupan bom di jalan.
"Ini adalah barisan depan. Tentera berhenti di hadapan sana, kami berhenti di sini," kata Mohammed al-Turki, 21, seorang pejuang di satu pusat pemeriksaan pemisah, memberitahu Reuters sambil menunjuk ke arah jalan di mana kedengaran bunyi letupan.

Serangan udara diketuai tentera Barat bermula 19 Mac lalu, kira-kira dua hari selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan 'semua langkah perlu' untuk melindungi penduduk awam dari tentera Gaddafi.

Tetapi misi terbabit berhadapan dengan persoalan dari pengkritik mengenai skop dan sasarannya termasuk sejauh mana ia akan memihak kepada pemisah atau sama ada ia mensasarkan Gaddafi sendiri.

Russia yang berkecuali dalam undian PBB berkata, serangan Barat terhadap tentera Gaddafi menambahkan lagi kemaraan pemisah.

"Kami menyifatkan campur tangan NATO sebagai tidak mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB," kata Menteri Luar, Sergei Lavrov pada sidang media. – Reuters/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan