Berita Harian: Dunia |
Posted: 27 Mar 2011 12:30 PM PDT Dunia Peningkatan 10 juta kali lebih tinggi berbanding paras biasaTOKYO: Pegawai di Jepun semalam melaporkan peningkatan besar mendadak kadar radiasi iaitu 10 juta kali lebih tinggi berbanding paras biasa dalam air di salah satu reaktor di loji nuklear di Fukushima Daiichi yang bocor selepas dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu. Jurucakap pengendali loji Tokyo Electric Power Co (TEPCO), Takashi Kurita berkata, udara di loji itu diukur pada kadar, 1,000 milisievert sejam, empat kali ganda paras 250 milisievert yang disahkan selamat oleh kerajaan. Berita mengenai peningkatan mendadak paras radiasi di Unit 2 tersebar ketika jurutera TEPCO bertungkus-lumus mengepam air tercemar dari dua lagi reaktor bermasalah di loji Fukushima Daiichi, 220 kilometer ke timur laut Tokyo."Bacaan di loji itu terlalu tinggi, menyebabkan pekerja mengukurnya, melarikan diri sebelum mengambil bacaan kedua," katanya. Beliau berkata, pekerja sedang berusaha keras mengeluarkan air tercemar itu dan mencari tempat selamat untuk menyimpannya. Dua pam baru akan dibawa masuk untuk mempercepatkan kerja mengepam air, berikutan setakat ini hanya satu pam digunakan. Paras radiasi yang tinggi dalam air di loji nombor 3, menimbulkan kecurigaan kebocoran mungkin disebabkan rekahan. Dua pekerja kini dirawat di hospital selepas dipercayai cedera kerana meranduk air tercemar itu. Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano, berkata sumber kebocoran belum dapat dipastikan, tetapi air dengan sisa radioaktif itu 'hampir pasti' merembes dari teras reaktor. Penemuan air dengan sisa radioaktif di dalam satu atau lebih unit daripada enam kompleks reaktor itu dianggap kekecewaan besar dalam misi segera untuk memulihkan sistem penyejuk sokongan supaya boleh berfungsi semula, selepas lebih dua minggu terjejas akibat gempa bumi dan tsunami. Gempa bumi dengan kekuatan 9 skala Richter melanda wilayah timur laut Jepun 11 Mac lalu, mencetuskan tsunami dan melumpuhkan operasi di loji nuklear Fukshima Daiichi. Ia juga semakin menyukarkan usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa yang mengorbankan lebih 10,000 nyawa selain menyebabkan ratusan ribu penduduk kehilangan kediaman. Sejak gempa bumi dan tsunami melanda, pekerja di loji berkenaan terus bertungkus-lumus menyejuk loji yang terlalu panas, ketika sisa radioaktif mula mencemari makanan, air laut malah bekalan air paip hingga sejauh Tokyo. – AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Doktor pakar didakwa kenakan caj RM63.37 juta Posted: 27 Mar 2011 12:29 PM PDT Dunia Dr Susan Lim Dr Susan Lim, 55, pakar bedah pertama berjaya melakukan pemindahan hati di Asia, didakwa mengenakan bayaran itu ke atas sepupu dan adik ipar Sultan Brunei, Pengiran Anak Hajah Damit ketika merawat beliau dari Januari hingga Jun 2007. Penasihat Kanan yang mewakili Majlis Perubatan Singapura (SMC), Alvin Yeo, ketika mengemukakan satu dokumen di Mahkamah Tinggi Singapura minggu lalu menyatakan jumlah bil dikenakan bagi tempoh 2004 dan 2007 ialah sebanyak S$40 juta (RM95.95 juta) tidak termasuk tuntutan bayaran perkhidmatan bagi tempoh tiga tahun sebelum itu. Laman web berita Asiaone melaporkan, Dr Lim merawat Hajah Damit dari 2001 hingga beliau meninggal dunia pada Ogos 2007.Dokumen berkenaan menunjukkan pada hari perkhidmatan dijalankan sepanjang tempoh itu, Dr Lim mengenakan bayaran didakwa antara S$29,600 hingga S$660,000 (RM71,000 hingga RM1.58 juta) sehari. – Agensi Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan